Misteri Kematian Angkasawan Yuri Gagarin Terbongkar
Rahsia Kematian Yuri Gagarin, Terbongkar
Kematian
Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama
mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori
konspirasi.
Ada
menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev
kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin
membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi
mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di
angkasa.
Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan
punca sebenar kematian Gagarin. Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan
Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan
pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu
berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.
Pesawat
itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu
tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had
ketinggian penerbangan mencecah 450 meter. Akhirnya Pesawat itu yang di
pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat
Gagarin.
Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu
sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan,
kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.
Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.
1. "Peluang" Hanya Sekali
2. "Rahsia" Untuk Wanita
3. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
4. Voucher Untuk Di Menangi
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai
6. Satu Minit Yang Sangat Berharga
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan
Source: Sinar Harian Online
byk betul versi ceritanyer yer
ReplyDeletehanya Allah yg tahu...
ReplyDeletemcm kes Neil Armstrong tu, dengarnya dia masuk Islam, tu sbb media barat tak nak popularkan nama dia
:) menarik! baru tahu je angkawasan ni mati sbb begitu >.<
ReplyDeletebanyak versi kematian yuri ni
ReplyDeleteBetul tu KA..kadang-kadang rasa macam ada konspirasi aje kan
ReplyDeleteYup Ummi, hanya ALLAH aje yang athu which versi yang betul
Tq Aisya coz sudi baca
yup izzat, memang banyak versi..boleh bayangkan subjek sejarah tu mungkin macam ni jugak kot
Singgah kejap ni, dpt juga ilmu tentang angkasawan.
ReplyDeleteohh..begitu ceritanya
ReplyDeletefirst time dgr kisah ni..
ReplyDelete