Internet  
Internet boleh jadi jerat


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kementeriannya dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana pengguna internet di Malaysia yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Selasa lalu, seorang wanita ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong. Keadaan menjadi lebih dahsyat apabila pengguna internet berani menggunakan laman sosial untuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Sehingga kini, pengguna internet boleh menulis apa sahaja di laman sosial masing-masing tanpa sebarang sekatan, sama ada dalam menyampaikan maklumat palsu, fitnah, penghinaan dan sebagainya.

Masalah ini yang dilihat kian meruncing, yang turut berlaku di negara jiran seperti Singapura mendorong negara itu mengambil langkah drastik dengan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan pemilik media sosial termasuk laman web berita di negara itu mempunyai lesen.

Semoga kita semua lebih berwaspada, kerana apa yang ditaip di internet akan menjerat kita sekiranya tidak digunakan dengan cara yang betul. Jika salah guna buruk padahnya!

1. Rahsia Jutawan Ternama   
2. Pekerja Dirumah Diperlukan      
3. Cara Buat Duit Dengan Says   
4. Cara Buat Duit Dengan Gushad     
5. Cara Buat Duit Dengan Youtube     
6. Cara Buat Duit Dengan Google Adsense     
7. Teknik Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan  


Source - See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/06/cara-buat-duit-dengan-loginwangcom.html#sthash.NeCfTVTN.dpuf