Piala FA Kekal Milik Kelantan

on Saturday, June 29, 2013

Foto 
 Juara Piala FA 2013

Pasukan Kelantan sekali lagi bergelar juara Piala FA Malaysia sekaligus memepertahankan trofi yang di julang musim lalu selepas menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

 
Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. -foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

Kemenangan tipis pasukan Kelantan itu hasil jaringan Mohd Nor Farhan pada minit ke-16 permainan. Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya yang dilakukan Ahmad Fakri Shaarani serta Dickson Nwakaeme. 

 Pemain Kelantan meraikan jaringan gol pertama oleh Mohd Norfarhan pada minit ke-16. Kelantan dahuli JDT 1-0. -foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

Skuad Singa Selatan yang dikemudi Fandi Ahmad gagal memecah benteng pertahanan Kelantan di mana penyerang sensasinya, Nor Shahrul Idlan Talaha dikawal rapi rakan-rakan bekas pasukannya itu.

 
Pemain JDT, Mohd Safee Sali (tengah) bertarung dengan pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari (kanan) pada aksi final Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. -foto AZMAN GHANI

Sementara itu, kelibat Safee Sali hanya dapat dilihat sehingga minit ke-17 sahaja selepas dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti dengan Leonel George Nunez. Selain itu, separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang Dengan kedua-dua pasukan cuba melakukan serangan balas. Tiada perubahan pada babak kedua dengan menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Piya: Hadiah untuk rakyat Kelantan
 "Sebagai satu pasukan, kejayaan ini hadiah untuk rakyat Kelantan..." - Piya.

Lebih manis, kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya dipilih sebagai Pemain Terbaik perlawanan. Aksi ini merupakan kali keempat Kelantan mara ke final selepas tahun 2009, 2011 dan 2012. Manakala Johor kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 1998. Aksi perlawanan akhir ini telah disaksikan oleh 87,000 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.

p/s: Tahniah Pasukan Kelantan kerana telah berjaya mempertahankan Piala FA untuk kali kedua, biarpun macam-macam kontroversi melanda. Tahniah juga untuk Pasukan JDT kerana telah memberikan saingan yang hebat. Tapi tak ada rezeki this time kan.

1. "Rahsia" KLIA
2. "Peluang" Hanya Sekali
3. "Rahsia" Untuk Wanita
4. "Rahsia" Buat RM2 Setiap Saat
5. Rahsia "Sempoi" Tapi Bernilai    

6. Satu Minit Yang Sangat Berharga      
7. Rahsia Untuk Kulit Cantik Menawan     


Extract From: The Star Online

Ranking: 5

3 comments:

Langgan artikel Percuma via feed Follow @https://twitter.com/bspj88 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved