Ribut Petir Di Pulau Pinang, Tumbangkan Bumbung bangunan UMNO


Beberapa anggota bomba menjalankan siasatan mengenai insiden menara antena yang jatuh.
Keadaan sebahagian kereta yang musnah dihempap tiang antena dalam kejadiam ribut petir.
Ribut petir bertiup kencang di Pulau Pinang mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan menyebabkan banjir kilat pada malam Khamis.

Angin kencang yang bermula pada 7 malam telah menumbangkan tiang antena setinggi 40 meter di atas bangunan Umno 21 tingkat di Jalan Macalister.

Seorang dipercayai cedera dalam kejadian ribut itu. Pokok turut tumbang di beberapa tempat.

Di Tanjong Tokong, bumbung dilihat berterbangan dari rumah-rumah.

Jabatan Meteorologi berkata, ribut ini berlaku selama kira-kira satu jam dari pukul 7 malam.
 
Seorang lelaki cedera parah selepas tiang besar jatuh dari bangunan.

Tujuh buah kereta dan sebuah lori rosak dalam kejadian itu.

Masalah itu turut dilaporkan di beberapa kawasan seperti Esplande, Weld Quay, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Masjid Negeri.


Source

Comments

  1. kuat betul ributnyer tu yer

    ReplyDelete
  2. Hish....memang ributlah kat Penang....ada baca kat blogger penang pagi tadi!

    ReplyDelete
  3. Memang kuat KA dan Okje..kesian mereka yang terlibat..dugaan ALLAH kan ..datang dalam pelbagai bentuk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat