Breaking News

Wednesday, July 24, 2013

Fatwa Mengharamkan Ratu Cantik Sudah Lapuk?


Gadis Kontroversi

Fatwa: Haram Bagi Muslim Menyertai Pertandingan Ratu Cantik

Beberapa minggu ini, agak kecoh isu gadis melayu beragama Islam yang menyertai Pertandingan Ratu Cantik.  Isu ini bukan lah isu yang baru kerana terdapat beberapa kes sebelum ni. Yang berbeza cuma dua dari peserta terbabit, nekad untuk terus menyertai pertandingan tersebut biarpun ditegur.

Keadaan menjadi lebih hangat, apabila Sara Amelia telah mengeluarkan kenyataan mendakwa fatwa yang mengharamkan penyertaan gadis melayu yang beragama Islam di dalam pertandingan Ratu Cantik yang diwartakan pada tahun 1996 itu sudah “lapuk”  dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Akibat dari kenyataan ini, mereka kini bakal berdepan dengan tindakan kerana menghina Islam. Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

p/s: Alhamdulillah ada pihak yang perihatin isu-isu seperti ini. Cuma agak malang kerana tindakan seperti ini tidak konsisten. Ada isu yang lebih besar dan jelas-jelas menghina Islam, hanya di biarkan. Dan pada gadis-gadis cantik di atas, carilah cara lain untuk mengembangkan bakat anda. Ratu cantik bukan segalanya. Dan yang lagi penting belajarlah mengenali Islam. Mungkin Ramadhan bulan yang paling sesuai untuk memulakan segalanya.

5 comments:

  1. Kesian btl la dgn mereka ni..cetek btul pemikiran..mana p mak bapak diorang ni..ce ajar ckit ank tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga dia orang dapat belajar something from this kemelut..doakan untuk dia orang ya mama3

      Delete
  2. depa ni x paham apa ntah la ye...dah Islam kata macam tu, ikut la... macam2...

    ReplyDelete
  3. ada sesuatu yg benar di situ.

    ReplyDelete
  4. Betul kata awak raudzah ...Wahai gadis cantik.... tak yahlah nak menegakkan benang yg basah....tak ada gunanya....hukum tetap hukaum sayang!

    ReplyDelete

Designed By