http://us.images.detik.com/customthumb/2013/07/03/10/083154_evakuasigempa2.jpg?w=460
Mereka yang tercedera

Wilayah Acheh di utara Sumatera, Indonesia, diuji ALLAH lagi, apabila gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter telah menggegarkan wilayah tersebut, semalam menyebabkan 22 orang disahkan meninggal dunia, 210 orang tercedera dan beribu-ribu bangunan dan rumah telah musnah.

 
Mangsa yang diselamatkan

 
Antara runtuhan akibat gempa

Laporan daripada pusat meteorologi juga mengatakan, tingkat dua sebuah hospital runtuh susulan gempa berlaku. Jumlah mangsa yang terperangkap masih belum diketahui.

Wilayah Aceh sering diuji ALLAH dengan gempa bumi dan jumlah korban paling tinggi direkodkan pada Disember 2004 iaitu sebanyak 175,000 orang dan ratusan ribu kediaman musnah akibat tsunami.

p/s: Dugaan ALLAH menjelang Ramadhan. Semoga mereka tabah