Breaking News

Sunday, July 21, 2013

Hikmah Ramadhan: Membaca al-Quran

 http://3.bp.blogspot.com/_2O5sLHC67jc/TGPD8NkFTcI/AAAAAAAAAJs/hQ1WbZeDtm4/s1600/tadarus-al-quran2.jpg
 Amalan Membaca Al Quran

Ramadhan istimewa kerana merupakan ianya merupakan bulan pilihan Allah SWT untuk menurunkan al-Quran. Firman-Nya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 184)

Al-Quran yang sampai kepada kita pada hari ini diturunkan pertama kalinya pada bulan Ramadhan dari Luh Mahfuz ke Bait-’Izah di langit dunia. Dari situlah al-Quran diturunkan ke pada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Setiap kali pada bulan Ramadhan, Baginda Rasulullah SAW akan bertadarus al-Quran dengan Jibril. Ibnu Abbas berkata: Jibril menemuinya setiap malam (di bulan Ramadan) untuk mengajarkan al-Quran. (riwayat al-Bukhari) 

Fadilat membaca al-Quran memang banyak. Antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

1. Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala, i.e pahala membaca dan pahala susah payahnya membaca.

2. Mereka yang membaca al-Quran akan mendapat syafaat pada hari kiamat
"Bacalah Al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya." (HR. Muslim dari Abu Umamah).

Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama pada malam hari kerana waktu itu merupakan waktu terbaik untuk beribadat jauh dari kesibukan dunia.

9 comments:

  1. banyak kelebiahan membaca Al-quran ni,lg2 di bulan ramadhan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mama3..semoga kita dapat sama-sama mengimarahkan lagi ramadhan ni kan..

      Delete
  2. salam kenal...follow sini & isi tabung..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kamsiah...tq ya sudi follow and isi tabung kat sini..

      Delete
  3. alhamdulillah..nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Bacalah...untungnya baca Al-Quran, lihat dapat pahala, baca dapat pahala walaupun xtahu makna. Berganda2 pula jika faham dan diamalkan.

    ReplyDelete
  5. Betullah Raudzah... nak mengaut amalan bukannya mudah tau....sekarang ni asyik mengantukkk je...betul!

    ReplyDelete

Designed By