7 Gambar Sahur Berdarah
Solat Jumaat
Pergolakan di Mesir, seolah-olah tiada penghujung. Semalam, himpunan aman besar-besaran yang digelar "Jumaat Furqan" telah diadakan oleh penyokong Mohamed Mursi berlangsung selepas solat Jumaat.
Jumaat Furqan
Himpunan terbesar penyokokng Mursi selepas Jumaat
Teguh dibelakang Mursi
Perhimpunan ini sememangnya tidak disukai oleh pihak pemerintah. Sebagai
balasan, polis dan tentera Mesir bertindak kejam dengan melancarkan
serangan berdarah menggunakan bedilan peluru hidup menjelang waktu sahur awal pagi Sabtu. Insiden sahur berdarah ini mengorbankan 10 nyawa termasuk wanita. 300 yang lain turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital awam Raba'ah.
Sahur Berdarah
Menjelang Sahur
Bertahan dari serangan
Mangsa yang tercedera
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi supaya dibebaskan dengan segara. Mereka juga menuntut supaya pertuduhan terhadap pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin dibuat secara telus. Tindakan itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan protes terus berleluasa yang mengorbankan nyawa orang awam.
p/s: Latest new, Mursi kini berdepan dengan tuduhan jenayah pembunuhan dan penculikan sebelum di guling. Apakah nasib Mursi selepas ni? Pasti ramai musuh-mush Islam di luar sana bertepuk tangan kegembiraan.
1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA
3. "Rugi" Tak Cuba
4. Hanya Untuk Wanita
5. Tawaran Hebat 2013
6. Siapa Cepat Dia Dapat
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni
Extract: Sinar Online
2. "Rahsia" KLIA
3. "Rugi" Tak Cuba
4. Hanya Untuk Wanita
5. Tawaran Hebat 2013
6. Siapa Cepat Dia Dapat
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni
Extract: Sinar Online
bukan ke bulan puasa bulan haram utk berperang...Ya Allah kau lindungilah saudara ku ya Allah...T___T
ReplyDeleteSemoga ALLAH bersama mereka yang terinaya..xila..
DeleteBaru lebih kurang setahun pemerintahan Mohamed Mursi yg dilantik rakyat secara demokrasi menjadi btul2 kucar kacir. Saya mendengar dari ramai pihak bahawa Israel & Amerika yg mendalangi kerana tidak senang dgn insan bernama Mursi ini kerana teguh berpegang kpd Al Quran & Sunnah. Semoga Allah jualah yg membantu.. amin.
ReplyDeleteExactly Khir, merekalah dalang disebalik kekecohan ni..Ini ujian terbesar buat Mursi..SeMoga beliau tabah..
DeleteYa..Semoga Morsi dan pejuang Al-Quran dan Sunnah ini akan beroleh kekuatan dan beroleh kemenangan. Sama2lah kita mendoakannya.
Deletebila lah penderitaan mereka yg x berdosa ne berakhir :/ yang sokong pemimpin berhaluan 'negative' tu yang selayaknya diseksa *emosi*
ReplyDeleteThat is the real problem Fae..tak faham dengan rakyat Mesir ni..
DeletePimpinan Mursi yg hafaz Quraan bersama beberapa org menteri kabinet semasa pemerintahannya..sunguh kagum dan sentiasa buat musuh tak senang duduk. Kini rakyat mendesak kebebasanya. Moga Allah memberi kemenangan di pihak yg benar.
ReplyDeletesemoga pulih cepat ....nak raya dah ni....
ReplyDeleteTak tau nak komen apa....kesiannya mereka ... moga cepat cepat amanlah hendaknya
ReplyDeletekesiannyer dlm bulan suci macam ni pun masih ada pertumpahan darah !
ReplyDelete