Breaking News

Thursday, July 11, 2013

Makan Tanpa Segan Silu


Foto
BEBERAPA kaki ponteng puasa dilihat makan di gerai menjual makanan.


Baru dua hari umat Islam menjalani ibadah puasa namun ia dicemari dengan sikap segelintir masyarakat beragama Islam yang tanpa segan silu membeli makanan pada siang hari di beberapa restoran di sekitar ibu kota. Lebih teruk pengusaha restoran terbabit juga didapati bersubahat dengan golongan tidak berpuasa ini apabila menjual makanan kepada mereka tanpa rasa bersalah.

Kebanyakan mereka akan membeli makanan secara bungkus dan mengambil masa tidak lebih daripada lima minit untuk membelinya bagi mengelakkan diri mereka ditangkap pihak berkuasa. Bimbang identiti disedari, kaki ponteng terbabit akan masuk ke dalam restoran itu dengan memakai topi keledar berpenutup dan terus beredar sebaik membeli makanan.

p/s:  Setiap tahun ada je kes yang ponteng puasa, melepak makan tempat awam. Apa nak jadi dengan dia orang ni ya..

1. "Rahsia" KLIA
2. Hanya Untuk Wanita
3. Tawaran Hebat 2013
4. Siapa Cepat Dia Dapat
5. Exclusive Offer: Hanya RM25.00   

6. Jangan Lepaskan Peluang Ni      
7. Rugi Tak Cuba    

Extract From: Metro Online

11 comments:

  1. Biasalah.... Org mcm ni bukan boleh dididik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Hanif..kalau dah biasa tak puasa, memang susah nak di ajar..lagi-lagi dah besar panjang..hmmm

      Delete
  2. Ianya tiada kesudahan...kalau xpuasa, makanlah sorok2 di rumah, sekurang2nya hormatlah orang yg berpuasa. Tapi kalau saja2 tu...elok disambar petir je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..dahlah tak puasa, tak hormat orang lain pulak tu..selamba je makan kat tempat awam..

      Delete
  3. tak pernah rasa serik moga buka pintu hatinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang jenis tak makan saman ni suri..harap-harap terbuka pintu hati dia orangkan..

      Delete
  4. Entahlaa... sepupu saya umur 8 tahun pon puasa penuh. Inikan pula dah besar panjang macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah amirul, budak kecil pun tau nak puasa..ni dah besar panjang..

      Delete
  5. saban tahun benda yang sama juga berlaku yer !

    ReplyDelete
  6. jgn buat sesuatu y boleh memalukan agama+diri+keluarga.. hurm

    ReplyDelete
  7. aihh, nk posa pon sush..klu ikat perut sbb xde duit bley pulk..aih,,

    ReplyDelete

Designed By