6 budak korban gempa Aceh
Penduduk kampung turut melakukan operasi mencari mangsa di bawah runtuhan Masjid Babusalihin, Macung, Aceh Tengah. Foto: EPA

Masjid Babusalihin yang runtuh akibat gempa, mengorbankan enam kanak-kanak, manakala 14 yang lain lagi masih terperangkap. Ketika kejadian kesemua mereka sedang mengadakan sesi pembelajaran al-Quran. Pasukan penyelamat dilaporkan bertungkus-lumus mengeluarkan 14 kanak-kanak yang masih terperangkap situ.

6 budak korban gempa Aceh 
Keluarga mangsa menanti anak mereka dibawa keluar dari kawasan runtuhan di kampung Blang, Macung.

Sehingga kini, 24 orang termasuk enam kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan lebih 200 cedera akibat gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah Aceh Tengah, Indonesia, pada hari Selasa.

6 budak korban gempa Aceh
Warga emas antara ramai tercedera selepas gagal menyelamatkan diri.

Beribu-ribu bangunan dan rumah juga di laporkan mengalami kerosakan akibat gempa.
 

Source: Sinar Online