Menu Untuk 10 Malam Terakhir Berpuasa

Salam 18 Ramadhan Buat pembaca Blog Santai

Hari ni merupakan hari ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah semoga semuanya berjalan lancar. Namun ini juga bermakna kita hampir tiba ke 10 malam terakhir yang sangat penting untuk kita memantapkan lagi ibadah. Tapi hari ni kita tidak akan bercerita mengenai ibadah yang sepatutnya dilakukan pada sepuluh malam terakhir, tetapi salah satu elemen penting untuk mempersediakn diri bagi memperbaiki amalan kita pada 10 hari terakhir. Salah satu darinya adalah melihat balik cara kita bersahur dan berbuka puasa, kerana kedua-duanya bakal mempengaruhi amalan yang bakal kita lakukan.

Menu Sewaktu Bersahur
 http://www.zoldstudio.viragcenter.hu/noinetcefa/fogyokura3.jpg
Buah-buahan & Sayur-sayuran

1. Sewaktu sahur, minumlah air kosong secukupnya. lagi banyak lagi bagus untuk memastikan tubuh kita tidak kekurangan air diwaktu berpuasa. Elakkan dari mengambil kopi atau teh, yang mempercepatkan proses pembuangan air dalam badan.

2. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi, untuk mengelakkan sembelit.

3. Hindari makanan yang mengandung lemak dan pedas. Makanan yang berlemak boleh meningkatkan kolesterol dalam darah sementara makanan yang pedas boleh mengganggu proses pencernaan.

4. Pastikan makanan yang mempunyai kibohidrat yang tinggi seperti nasi dan spagetti di hidang sebagai menu utama kerana ianya lebih "tahan lama" serta menstabilkan gula dalam darah.

Menu Sewaktu Berbuka
http://www.milkymommy.com.my/wp-content/uploads/2012/08/kurma-300x213.png
 Kurma

1. Mulakan berbuka dengan kurma. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

2. Minumlah minuman yang manis serta panas seperti teh halia, dan elakkan pengambilan ais kerana ia akan melambatkan proses pencernaan makanan. Perbanyakkan juga minum air kosong untuk menggantikan cairan yang telah habis digunakan di siang hari.

3. Elakkan pengambilan makanan yang terlalu berat kerana ianya akan menyebabkan kita cepat letih dan mengantuk. Dan pastinya ia akan mengganggu aktiviti seterusnya seperti Solat Tarawih dan Tadarus AlQuran.

4. Hindari makanan yang digoreng kerana lemak dalam makanan yang digoreng, akan menyukarkan pergerakan oksigen ke otak. Akibatnya kita akan lebih mudah mengantuk.

Selamat Berpuasa & Berbuka Semua

Extract From: Food Journal

Comments

  1. tapi iman suke minum ais...erkkk..alhmdlh sedap3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suka jugak iman..tapi try to avoid..

      Delete
  2. Pakat2 rebut peluang yg masih terbuka luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom wan..Rebutlah apa jua peluang yang ada..its only once a year nway..

      Delete
  3. kurma kemestian semasa berbuka..
    blm pernah lg cuba teh halia..selalu minum susu atau yg manis2

    ReplyDelete
  4. Yang dilarang itulah yang paling sedap...Tapi menghindarkannya juga satu usaha dlm mengawal dan mengajar nafsu...

    ReplyDelete
  5. Tapikan Raudzah....benda bergoreng tu tak boleh elak kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat