Ngeri: RM5,000 Satu Nyawa

RM5,000 hingga RM15,000 untuk setiap nyawa. Memang mengerikan. Tapi itulah harga atau upah dikenakan oleh pembunuh upahan yang turut digelar ‘malaikat maut’ bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya.

Walaupun ada yang mengaggap ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia, namun jika di lihat kes-kes tembakan jarak yang selalu dilaporkan di dada-dada akhbar, ianya boleh dikategorikan agak serius.

Foto
LOKASI pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam dipercayai angkara pembunuh upahan.


Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan untuk "nyawa"  sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.

Antara kes berprofil tinggi yang mengejutkan ramai, adalah kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat ‘kontrak’ namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku.

p/s: Apabila manusia sudah hilang pertimbangan... inilah jadinya.

Comments

  1. wahhh... 5k eh satu nyawa. murah nyer harga bagi dia. urmm...sedih

    ReplyDelete
  2. Masya allah, Membunuh pun boleh jadi sumber pendapatan...Hati kering dan xde pedoman hidup!

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's why BM..memang tak ada hati lansung bukan setakat kering..

      Delete
  3. Apabila duit menjadi tuan dalam diri....soal agama dan hukum diketepikan...Apa nak jadi manusia sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia akhir zaman okje..bila nywa manusia tiada nilai inilah jadinya..

      Delete
  4. tu sbb kes kena tembak berleluasa je skang ni...murah sangat nyawa manusia..

    ReplyDelete
  5. kalau y menerima upah tu islam.. apa x fikir ke keberkatan wang y diterima tu.. n lau agama lain un pasti nyawa tu bernilai.. hurm.. entah r.. demi kepentingan diri sggup buat apa saja.. dunia oh dunia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat