Breaking News

Thursday, August 15, 2013

Akhirnya Serah Diri

Kes belasah isteri dalam lif: Pegawai veterinar serah diri  
Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuantan, semalam. - Foto Luqman Hakim Zubir
 
Pegawai veterinar yang membelasah isterinya dalam lif sebuah hospital swasta Bandar Perda dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Isnin lalu, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kuantan petang semalam. Suspek berusia 36 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 4.30 petang selepas menyedari perbuatannya itu tersebar luas menerusi laman sosial dan media.

Difahamkan, suspek mengaku memukul isterinya dan mendakwa serangan terbabit berpunca daripada provokasi isterinya, selain mengalami tekanan perasaan.

Suspek yang bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Daerah Jerantut itu, dikatakan dalam proses perceraian dengan isteri pertamanya. Dia juga sudah berkahwin dengan kakitangan sebuah agensi kerajaan di Jerantut sejak 2011.

p/s: Ramainya yang sakit jiwa kat luar sana ya..

1.  100 Hadiah 100 Hari

8 comments:

  1. mungkin tahap kesedaran dah sampai dah tu, tu yang gi serah diri tu...

    ReplyDelete
  2. Masalah jiwa kacau ni.. nasib baiklah tahu menyerah diri.

    ReplyDelete
  3. errr semoga insaf. world, i mean penghuninya is getting crazier -.-

    ReplyDelete
  4. pasti kena buang kerja selepas ini...

    ReplyDelete
  5. mcm2 alasan..apa2 pun dia mmg dayus..benci..

    ReplyDelete

Designed By