Breaking News

Monday, August 26, 2013

AS Dalang Serangan Gas Beracun Di Syria?

Siapa dalangi perang saudara Syria?
Serangan gas beracun meragut ribuan nyawa sejak lebih 22 bulan di Syria.

AS Dalang Serangan Gas Beracun Di Syria?

Serangan gas beracun di pinggir Damsyik bukan perkara baru sejak pergolakan perang saudara mencecah lebih 22 bulan. Namun, serangan pada hari khamis, minggu lepas adalah yang paling dahsyat selepas lebih 1,300 maut di Ain Tarma, Zamalka dan Jobar dalam tempoh satu malam.

 Children dead chemical attack
 Ramai kanak-kanak yang menjadi korban
 
Telah pergi..
 International
Mangsa yang tak berdosa

Presiden rejim Basyar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling tuduh menuduh dan banyak negara dunia pula menjadi ‘batu api’ dalam tuduhan itu.

Video Serangan gas beracun

Di sebalik konflik itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat. Ironinya, Syria adalah pintu terakhir Israel dan jika Syria dan Mesir jatuh ke tangan pemimpin Islam, Israel dikatakan akan 'hancur' kerana Syria bersempadan dengan Israel dan apa yang ditakuti AS adalah kebangkitan Islam di Timur Tengah.

Rejim Bashar yang kebanyakan dari puak Syiah pula disifatkan Israel Friendly dan FSA adalah dari puak Sunni yang sedia maklum musuh utama Zionis sekutu AS. Jika puak Sunni mengusai Syria dan bergabung dengan rakyat Mesir yang majoritinya Sunni, maka Israel boleh berkubur sekali gus merencatkan usaha AS untuk menguasai negara di Timur Tengah.

Dan hari ini, AS telah memberikan amaran keras kepada pemerintah bahawa tindakan ketenteraan akan dikenakan ke atas Syria jika terbukti gas beracun digunakan dalam serangan tersebut. Adakah Syria bakal menjadi Iraq kedua yang dikuasai AS selepas ini. Allah-Hu-Alam


Credit: Sinar Online

9 comments:

  1. Alahai..sedih m3h tgk keadaan kanak2 yg tidak berdosa tu..

    ReplyDelete
  2. kesian!
    tak sggup nk tgk video tu sbb mmg penah tgk dlu org mati dgn cara ni kat negara lua jgk.
    dah mmg xleh nk bendung or cegah sbb gas beracun masuk dlm udara ..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...Xsanggup tgok gambar2 tu...
    Semoga bumi Arab ini kembali aman dan hanya dengan bersatu, puak ahli sunnah akan berjaya menententang Israel dan kaum yg sesat...

    ReplyDelete
  4. tak snggup tengok pic2 tu Raudz..rasa nak menangis pula..sedih betul tengok budak2 tu jadi korban....

    ReplyDelete
  5. Sungguh kejam.. tax payers yg besar2 di US tu mmg dari kalangan American jews. Inilah perjuangan yg mereka anggap suci utk mempertahankan agama & tanah suci mereka. Besar ujian kita umat Islam ni... Allahu Akbar..

    ReplyDelete
  6. rasa geram sangat.. sedih bila saudara kita diperlakukan sebegitu.. :(

    ReplyDelete
  7. Alahai siannya budak budak tu....
    Bilalah nk aman kat sana tu...

    ReplyDelete

Designed By