Breaking News

Friday, August 23, 2013

Di Penjara Kerana 7 Minit Video


"Gurauan" Terlampau yang mengundang padah.
The video shows Walter Easley lining up the car on his porch before kicking it
Aesley & Kucing "kesayangannya"

Niatnya hanya nak berseronok. Malangnya "keseronokan" yang dicari kini dah jadi "kedukaan" apabila beliau kini berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara selama 60 hari jika didapati bersalah. Itulah kisah Easley, 17 tahun, dari South Carolina, yang "bergurau" secara kasar dengan seekor anak kucing. Adegan "terlampau" beliau kemudiannya di upload diinternet untuk tontonan orang ramai. Biarpun anak kucing tersebut tidak menghadapi sebarang kecederaan, "gurauan" terlampau selama 7 minit tersebut telah menimbulkan kemarahan orangramai. Klip itu juga tersebar di seluruh Twitter, LiveLeak dan YouTube di mana ia dilihat ratusan ribu - jika tidak berjuta-juta - kali.

Setelah menerima report dari orang ramai, Easley telah ditangkap pada hari Isnin, 20 August 2013. Keesokan harinya beliau telah dihadapkan di mahkamah Majistret daerah atas dakwaan kekejaman terhadap binatang. Jika disabitkan kesalahan, Aesley akan dipenjara selama 60 hari. Sewaktu siasatan, Easley memberitahu bahawa idea "gurauan" tersebut datang selepas beliau menonton aksi pelawak popular Kevin Hart. Hmmmm....Kesian anak kucing tu...

 7 minit Video yang mengundang padah

8 comments:

  1. moral: think twice before you do something :D

    waa dah lama fae x jenguk blog akak ^^ busy with campus life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Fae...nway good luck with your campus life..

      Delete
  2. kasihan kucing tu.. gurauan yang membawa padah, semoga menjadi pengajaran..

    ReplyDelete
  3. Mmg patut pun.. Apa tndakan dia kna klu gurau dgn org atau harimau mcm tu... Kasar kot bergurau mcm tu..

    ReplyDelete
  4. Nak bergurau x kena cara. . dh x de benda nk buat gaknya. Mmg kene 'sekolahkan' 60 hari dia ni...

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya di negara kita juga ada undang-undang begini. Jadi, masyarakat kita tidak berani berbuat tidak adail pada binatang ini.

    ReplyDelete
  6. Pergh...kesiannya kucing tu....
    Memang patut pun kena denda kalau cenggitu gayanya...

    ReplyDelete

Designed By