Breaking News

Sunday, August 18, 2013

Hukum Menangguhkan Puasa Ganti

http://i.imgur.com/NoKg9QM.png
 Niat Puasa Ganti

Hukum Menangguhkan Puasa

Apakah hukum seseorang yang suka menangguh untuk qada puasa sehingga hampir kepada Ramadan berikutnya. Mohon pencerahan.

Muiz,
Gombak, Selangor.

Dibandingkan dengan bulan lain, Nabi SAW lebih banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Aisyah meriwayatkan Nabi SAW tidak pernah melakukan puasa sebulan penuh selain Ramadhan.
Rasulullah SAW biasa berpuasa setiap bulan. Aisyah berkata: “Rasulullah SAW pernah berpuasa hingga kami mengira Baginda ini tidak pernah berbuka, dan pernah juga Baginda tidak berpuasa (sunat) hingga kami mengira Baginda tidak pernah berpuasa. Dan kadang-kadang Baginda melakukan puasa pada hari Isnin dan Khamis, kadang-kadang berpuasa selama tiga hari setiap bulan, khususnya pada hari putih (bertarikh 13, 14, 15) setiap bulan Qamariyah, dan kadang-kadang Baginda selang sehari iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka seperti yang dilakukan Nabi Daud.”
Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud iaitu Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
Seseorang Muslim baik lelaki atau wanita yang tidak dapat menyempurnakan puasa Ramadhan selama beberapa hari kerana sakit, haid atau uzur, wajib mengqada semuanya jika ada kesempatan sebelum datangnya Ramadhan.

Segera lepas tanggungan

Dalam syarak sememangnya ada kelapangan untuk mengqada puasa Ramadhan yang tidak dapat disempurnakan. Ia boleh dilakukan pada bulan Syawal atau bulan sesudah itu.
Allah SWT berfirman: “Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 148)
Disebabkan manusia tidak mengetahui ajalnya maka bersegeralah kita mengqadakan puasa yang tertinggal. Itu adalah lebih baik untuk kita. In Shaa ALLAH, kehidupan kita akan lebih sempurna dengan bersegera melepaskan segala tanggungan.

Semoga kita semua dapat mengambil kelebihan bulan Syawal ini untuk menyempurnakan puasa yang tertinggal. Selamat Menqadakan Puasa dan Menunaikan Puasa Enam. Semoga amalan kita diberkati ALLAH.

2. Tawaran Hebat 2013  
3. Siapa Cepat Dia Dapat 
4. Pertama Di Malaysia 
5. Yang Terbaik, Design Cantik
6. Tawaran Menarik, Kena Cuba 
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/08/pelik-tapi-benar-jahit-lidah-untuk-kurus.html#sthash.K3TCqcxg.dpuf

14 comments:

  1. salam syawal # 12..tq share ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 12 syawal mama3...and you are most welcome..

      Delete
  2. asyik jnji nak ganti awai tp nk dekat pose baru gelabah nk ganti...hehe tobat dah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat sesuatu yang baik ni memang banyak dugaan xila..yang pasti niat dah ada kan..cuma kena lebih tekad sikit je lagi..sure ok punya..

      Delete
  3. Teringat zaman remaja, boleh tahan juga puasa yg perlu diganti.. tp alhamdulillah, sikit bnyk dpt juga.. semoga Allah terima & berkati.. amin. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. Segerakanlah...kalau bertangguh, takut nanti terlupa pula...

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  6. tq ingat mengingatkan buat kita yng kdg2 lupa ni

    ReplyDelete
  7. Sebaiknya kna cepat2 jika tnpa keuzuran..

    ReplyDelete
  8. Betul jugak tu kan Raudzah....kena bersegera mengganti puasa...tp selalunya bulan Syaaban baru pulun! Melampau tak okje ni? Hehe

    ReplyDelete

Designed By