Breaking News

Monday, August 5, 2013

Ini Ke Ninja Langkasuka Yang Ingin Merampas Kuasa?

 10 ahli Panji Hitam mahu rampas istana ditahan
 Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara

Kerajaan Langkasuka dah tinggal sejarah. Tiba-tiba ada Ninja muncul ingin merampas kuasa. Itulah yang berlaku awal pagi semalam apabila Polis telah menahan 10 orang yang mendakwa ahli Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan termasuk dua wanita dan berpakaian serba hitam itu tiba di Pintu 1, Istana Negara, kira-kira jam 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara. Mereka mendakwa diri mereka sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong".

p/s: Macam-macam lah idea dia orang ni..Kan tak pasal-pasal kena tahan.

8 comments:

  1. entah pape diorang nie..dah dekat berapa dekad dah..baru konon nak rampas takhta...isk..iskk

    ReplyDelete
  2. nak cari publisiti agaknya...hehehe

    ReplyDelete
  3. Kerja merapu je ni.. perjuangan yg sia2. Kelakar pun ada bila tngok :D. Nice entri.. :)

    ReplyDelete
  4. betul ke dorang ninja langkasuka. hehe. ada2 je.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Langkasuka dahulu ialah Melayu Hindu, terletak di utara Malaya ketika itu, tetapi pupus selepas kedatangan Islam, agaknya dia orang ni bukan Islam agaknya...

    ReplyDelete
  6. adeh..macam-macam cara dorang ni..

    ReplyDelete

Designed By