Kod Amaran Merah Untuk Lembah Kelang

 
Sungai Selangor

Kod Amaran Merah Untuk Lembah Kelang

Kisah air dan Lembah Kelang memang selalu panas. Antara alasan cliche Syabas apabila bekalan air terganggu adalah pam air di loji rawatan rosak dan bekalan air terawat melebihi kapasiti bekalan yang boleh diagih. Hmm..But this time lebih serious.

Satu insiden tumpahan diesel telah berlaku di Sungai Selangor, i.e kira-kira 10 kilometer daripada kawasan loji rawatan air. Akibatnya, bekalan air kepada hampir sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang bakal terjejas. Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Menurut Syabas, tempoh gangguan belum dipastikan bila akan bermula dan berakhir. Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Untuk itu, Syabas telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan pada tahap merah menasihatkan semua pengguna di Lembah Kelang perlu berjimat cermat dalam menggunakan dan menyimpan bekalan air.

p/s: Last night tak ada air and this morning still tak da. Hopefully tak berpanjangan...

Comments

  1. Mmg susah klu masalah air ni berpanjangan.. harap2 selesailah masalah ni cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir..memang akan ada masalah besar...hopefully cepatlah dia orang selesaikan apa-apa yang patut..jangan ada kes lain pulak sudah...

      Delete
  2. sampai skrg ade yang takde air agy kat rumah huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat