Breaking News

Sunday, August 18, 2013

Ngeri: Tangan Hancur, Mata Buta Kerana Mercun

Ngeri: Tangan Hancur, Mata Buta Kerana Mercun

 Kanak-kanak cedera kena serpihan mercun
Norsuhaza Akma yang mengalami kecederaan kini ditempatkan di HUSM untuk menerima rawatan susulan.

Walaupun Hari Raya dah hampir dua minggu berlalu, namun kisah mercun, letupan dan kecacatan masih terus berlaku. Bukan satu, bukan dua dan bukan tiga. Mengapa jadi macam ni ya...Kita semua tak belajar dari kesilapan ke?

Dalam kes terbaru, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah di muka, mulut, tangan dan beberapa anggota badan dipercayai terkena serpihan mercun buatan sendiri di rumah neneknya di Kampung Bukit Awang, Pasir Puteh, Jumaat lalu.

Menurut, ibu saudara mangsa Norsuhaza Akma Mohd Shukri, ketika kejadian beliau bersama mangsa berada di dapur pada jam 8.45 malam untuk memasak, tiba-tiba terdengar jeritan mangsa selepas bunyi dentuman kuat serta asap memenuhi ruang rumahnya. Norsuhaza berkata, beliau terkejut melihat tangan dan muka mangsa mengalami kecederaan parah apabila beliau cuba menahan satu objek (mercun buatan sendiri) dari arah lubang dinding dapur rumahnya.

KEADAAN terkini Aliea Alisyah yang buta mata kanan dirawat di Hospital Putrajaya.

Manakala dalam satu lagi kes di Puchong, kegembiraan tiga kanak-kanak bersaudara bermain mercun ketupat bertukar tragedi malam kelmarin apabila bungkusan besar mengandungi bahan berbahaya itu meletup dengan kuat setelah disambar api lilin yang terjatuh ke lantai.

Peristiwa malang yang berlaku di sebuah rumah teres di Jalan PU/7B, Taman Tasik Prima Puchong di sini itu menyebabkan salah seorang mangsa, Aliea Alisyah Abd. Rahim, 8, buta mata kanannya. Keadaannya dilaporkan kritikal. Dua lagi saudaranya iaitu Nasha Nurkistina Zalmi, 13, dan Mohd. Fadzli Mohd. Yacob, 14, melecur pada muka dan badan.

p/s: Hanya kerana inginkan keseronokan untuk beberapa saat/minit, ada yang menderita seumur hidup..worth it ke?

2. Tawaran Hebat 2013  
3. Siapa Cepat Dia Dapat 
4. Pertama Di Malaysia 
5. Yang Terbaik, Design Cantik
6. Tawaran Menarik, Kena Cuba  

Extract From: Kosmo & Sinar Online

26 comments:

  1. ya allah kesiannye.disebabkan mercun ilang pancaindera kurnian tuhan.semoga kite dijauhkan.aming

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TB..hanya kerana mercun kan..

      Delete
  2. just don't get it, dah tau benda2 ni berbahaya why people still want to play it? hu hu hu...jauhilah mercun dan segala bagai yang berkaitan... setiap tahun pasti ada saja berita kecederaan dari mercun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farah..memang tak faham dgn dia orang ni..lagi ditegah, lagi nak buat..akhirnya...

      Delete
  3. Mmg x berbaloi.. kesannya pula terkesan seumur hidup..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Boleh bayangkan dia orang akan menderita seumur hidup cik akak...

      Delete
  5. senang cerita , jgn beli mercun sbb sama jer dgn bakar rm yg susah nak cari ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Vee..tapi tulah dia orang ni degil, tak beli buat sendiri...

      Delete
  6. yaAllah..kesiannya..

    sebab tulah kita tak dibenarkan main mercun..nilah padahnya..
    tapi pelik..ada lagi yang masih berdegil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why syuhada...tak tau nak kata apa..

      Delete
  7. selepas raya banyak pula keluar pasal mangsa mercun ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan belum raya dan masa raya aje..dah lepas raya pun ada lagi yang nak main..hmmm

      Delete
  8. Malang tidak berbau...Bermain mercun menyeronokkan, tapi kalau terjadi tragedi spt ini... Menyesal kemudian tiada berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..memang akan menyesal seumur hidup..

      Delete
  9. Hmm.. Itulah.. Dh tahu berbhya kena lah jauhkan.. Wpun x main tapi dekati klu main tu nmanya cari penyakit.. Hmm.. Pkra biasa bila raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang malangnya yang dok cedera macam ni, orang melayu aje maria..bangsa lain tak ada pun nak main mercun segala yang bahay-bahaya tu..hmmm..

      Delete
  10. Tulah pasal...tak yah le main mercun....menyesal kemudian tak berguna!

    ReplyDelete
  11. astaghfirullah.. semoga menjadi ikhtibar kepada insan lain.. bahayanya akibat bersahabat dengan mercun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Aiza..harapkan semua orang oleh belajar bila benda-benda macam ni jadi..tapi tulah..manusia ni ramai yang degil..tak dengar kata..

      Delete
  12. Takdir penentu segalanya dan jangan kita salahkan takdir klu perkara ini bole di elakkan...

    ReplyDelete
  13. pelik betul bdk sekarang nie, selalu jd kes mcm nie, dulu jarang ada kes macam nie, adakah bdk skrg nie x tau cara nk main

    ReplyDelete

Designed By