Nyaris Maut Hanya kerana Sebatang Pensel

 http://fathiyahandini.files.wordpress.com/2012/11/pensil-warna-kayu.jpg
Gara-gara sebatang Pensel Warna

Di Dera Kerana Sebatang Pensel

Kejam. Gara-gara sebatang pensil warna, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun nyaris maut dikerjakan oleh bapa kandungnya sendiri, selama dua jam di rumah mereka di Sentul Utama, Kuala Lumpur.

Episode kejam itu bermula jam 9 malam, apabila si anak memberitahu bahawa dia telah kehilangan sebatang pensel warna yang dibeli oleh si bapa kejam tersebut. Akibatnya, kanak-kanak malang tersebut dirotan, dicekik, disepak sebelum dipijak di bahagian perut. Tidak cukup dengan deraan tersebut, mangsa turut ditumbuk sebelum kepalanya dibotakkan bapanya. Lelaki tak guna tersebut hanya berhenti mendera anaknya selepas melihat keadaan anaknya yang lemah dan tak berdaya.

Akibat perbuatan keji si bapa, kanak-kanak terbabit bukan sekadar trauma sebaliknya mengalami kecederaan serius di tangan kiri, paha kanan dan kepala.

p/s: Hmmm...Nampaknya bila syaitan diikat di bulan puasa, ramai pulak manusia yang nak mengambilalih tugas syaitan ya.

Comments

  1. bila syaitan beraja di hati ... puasa ke tak bapaknya tuh ?

    ReplyDelete
  2. kesiannya budak tu..gara2 sebatang pensel warna saja boleh dia buat mcm tu pada anak sendiri..

    ReplyDelete
  3. nonsense huh pasal pencil anak hilang pun nak mengamuk eh? !#%&&@$

    ReplyDelete
  4. Gila kot bapak dia tu, kalau tak takkan dia sanggup buat cenggitu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat