Breaking News

Wednesday, August 28, 2013

Ngeri: Nyawa Melayang Kerana RM20

Berlumuran Darah

Ngeri: Nyawa Melayang Kerana RM20

Hanya kerana RM20 sepasang suami isteri yang telah berkongsi hidup lebih dari 50 tahun di seladi Rimba Panjang Perak telah berperang menyebabkan kematian si suami. Pergaduhan bermula apabila si isteri, Madam Huang Yue Gui, 66, menuduh suaminya, Mr Qiu Yong Gui, 73 mencuri RM20 kepunyaannya. Berang dengan tuduhan si isteri, sang suami mengambil parang dan menyerang isterinya. Si isteri lebih bijak dan tangkas menyelamatkan diri menggunakan minyak panas dan hammer. Beliau berjaya merampas parang dari si suami dan mengetuk kepala suaminya menggunakan hammer diikuti dengan simbahan minyak panas di badan si suami.

Pergaduhan tersebut akhirnya berjaya dileraikan oleh jiran-jiran yang datang apabila terdengar bunyi bising. Mr Qiu Yong Gui, cedera parah di kepala dan bahu akibat terkena parang. Lengan dan kaki beliau juga melecur akibat minyak panas. Beliau meninggal dunia di hospital Raja Permaisuri Bainun manakala isterinya hanya mengalami luka ringan di kepala. Beliau kini ditahan atas dakwaan membunuh.

p/s: Inilah sebahagian daripada kisah masyarakat kita. Dan ini mungkin bukan kes yang pertama. Sayangkan di usia emas mereka terpaksa melalui keadaan seperti ini.

1. Rahsia Menarik Proton  

18 comments:

  1. gangster betul atuk dengan nenek ni, aduiii... kalau bertengkar pun janganlah sampai berbunuh2an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farah.kesian tak padan dengan umur..

      Delete
  2. kerana wang nyawa melayang..mmg ada segelintir warga emas yg masih suami isteri yg tinggal sebumbung trtapi berlagak macam org asing..x bertegur sapa dan masak makanan berasingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke kak zu..susah kan kalau jadi macam tu...sedih pun ada..

      Delete
  3. Mana agaknya silap sebenar ni kan.. ttg rm20 smpi jadi mcm ni.. Moga Allah jauhkan lah dari perkara2 bingung yg mcm ni.. Naudzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Khi..hanya kerana RM20 hilang nyawa..mungkin ada perasaan marah yang extra ni kot..

      Delete
  4. ya Allah benda kecik ja pon... ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah lieya..ikut cerita duit RM20 tu si isteri nak beli chicken drumstick..tu yang marah sangat tu..agaknya memang dah lama nak makan kot..

      Delete
  5. tue dia penangan duit, apa pun boleh jadi kalau tiada duit..bahaya2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Asmar sebab duit manusia boleh jadi hilang akal..

      Delete
  6. Tu dia...orang tua sepatutnya jadi tauladan, tapi ni dah jadi sempadan pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib atuk ngan nenek nikan BM...ingatkan dah tua-tua bahagia..jadi macam ni pulak..

      Delete
  7. Dalam kes ini siapa yang phsyco sebenarnya ?
    Seram kalau dapat pasangan yang sebegini.

    ReplyDelete
  8. mohon datuk najib bagi bayaran BRIM setiap bulan, setidaknya perkara seperti ini boleh dielakkan bila ada bayaran bulanan.

    ReplyDelete

Designed By