Breaking News

Saturday, August 24, 2013

Pelik Tapi Benar: Tidur Atas BillBoard

Penniless Man Sleeps on Top of a 25 Meter Billboard in Suzhou 
Tempat tidur yang sejuk dan tak ada nyamuk


Pelik Tapi Benar: Tidur Atas BillBoard 

Kisah pelik tapi benar datang lagi. Wah dah macam Tora-Tora. Nway kisah Pelik Tapi Benar ni dah jadi sebahagian dari jenama baru Blog Santai coz kita suka baca all these kisah walaupun kadang-kadang tak masuk akal. Tapi Kreativiti dia orang memang tak boleh dipertikai..

Kisah pelik kali ni mengenai seorang lelaki di Suzhou, China yang tidur di atas papan iklan yang berukuran 40 cm lebar dan 25 meter tinggi kerana terlalu miskin dan tidak mampu untuk menyewa sebuah bilik yang sempurna. Beliau yang berusia kira-kira 30 tahun, bekerja sebagai pengutip sampah. Sebelum membuat keputusan untuk tidur di atas Billboard tersebut, dia pernah tidur di bawah jejambat. Walau bagaimanapun, kerana terlalu banyak nyamuk  dia mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi yang kurang nyamuk. Ternyata pilihannya tepat kerana "rumah" baru beliau bukan sahaja kurang nyamuk tetapi lebih sejuk. Seorang saksi memberitahu lelaki tersebut menggunakan tali untuk naik ke atas.
 
Namun langit tak selalunya cerah kerana tempat tidur beliau kini telah "disita" oleh syarikat pengiklanan. So sekarang dia terpaksa mencari lokasi lain yang tak ada nyamuk dan sejuk.
Kesian dia..

12 comments:

  1. andai kita berada di tempat mereka nie...
    mesti menangis tak henti-henti kan...
    Alhamdulillah kita hadir dan datang dari seribu kesempurnaan...
    Semoga apa yang kita miliki....akan kita jaga dengan serapi-rapinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik akak..kita punya tempat tidur yang selesa dan kehidupan yang sempurna..syukur..

      Delete
  2. Syukur kita dpt hidup smpurna..

    ReplyDelete
  3. Kesian tngok homeless ni.. Syukurlah walaupun kita x sentiasa senang, tp x lah susah smpi mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir..Dinegara kita ramai jugak yang homeless ni cuma takda yang tidur atas billboard.

      Delete
  4. kasihannya.. rasa bersyukur kerana kita masih ada rumah..

    ReplyDelete
  5. Macam-macam pula berlaku. Alhamdulillah, kita masih ada tempat tidur.

    ReplyDelete
  6. Alahai.... kesiannya....macam ni pun ada jugak yek!

    ReplyDelete

Designed By