Breaking News

Tuesday, August 13, 2013

Puasa Enam Mesti Dilakukan Berturut-Turut?

  http://3.bp.blogspot.com/-WjwWiQ9VUtU/UBIGS2CAXRI/AAAAAAAAAjI/72GB8-9F2Dw/s1600/Picture1.png
Kelebihan Puasa Eman

Saya ada beberapa soalan mengenai puasa pada Syawal. Adakah berdosa sekiranya tidak melakukan puasa enam berkenaan disebabkan sakit atau sesuatu sebab? Adakah puasa enam mesti dilakukan berturut-turut? Bagaimana sekiranya dilakukan penghujung Syawal disebabkan banyak jemputan hari raya?

PUAN ROHANI
Ipoh, Perak.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.
Hadis ini jelas menerangkan mengenai puasa enam hari pada Syawal selepas menempuh sebulan Ramadan. Hukum puasa enam hari pada Syawal adalah sunat. Sunat bermaksud mendapat pahala sekiranya mengerjakannya dan tidak berdosa sekiranya meninggalkannya. Oleh itu tidaklah berdosa jika tidak melakukan puasa enam hari pada Syawal.

Seterusnya, Imam an-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu Syarah al-Muhazzab bahawa dalam mazhab as-Syafii disunatkan berpuasa enam hari Syawal kerana ia ada disebutkan di dalam hadis. Mereka berpendapat, sunat berpuasa secara berturut-turut. Tetapi jika seseorang melambatkannya, ini dibolehkan kerana ia masih mengikut garis panduan hadis.

Bukan syarat

Oleh itu, bukanlah suatu syarat untuk melakukan puasa enam hari pada Syawal secara berturut-turut. Sekiranya puasa berkenaan dilaksanakan secara berasingan, maka perkara itu dibolehkan.

Sekiranya dapat dilakukan dengan segera tanpa melengah-lengahkan, maka perkara itu adalah lebih baik.
Allah SWT berfirman dalam beberapa ayat antaranya dalam surah Ali Imran ayat 133 (yang bermaksud): Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan-mu.. Begitu juga dalam surah al-Maaidah ayat 48 (yang bermaksud): Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan..
Justeru, kita seharusnya menyegerakan puasa enam kerana dibimbangi sekiranya kita melengah-lengahkan akan menyebabkan kita terlupa atau boleh membawa pelbagai masalah. Namun tidaklah menjadi kesalahan jika dibuat pertengahan bulan atau akhir bulan. Ini adalah pandangan Imam Syafii dan Hambali. 

8 comments:

  1. oh baru tau. fae pikir mesti dilakukan berturut2 ^^ thanks for sharing hehe.

    ReplyDelete
  2. Yup, tak perlu berturut-turut.
    Namun, lebih baik berturut-turut jika mampu

    ReplyDelete
  3. aizaq tak mula buat lagi puasa 6.. terima kasih di atas informasi ini.. baru aiza tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Aiza..selamat berpuasa enam k...

      Delete
  4. Bilalah agaknya Raudzah Okje nak buat puasa 6 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tunggu lama-lama Okje..nanti terlepas pulak...

      Delete

Designed By