Breaking News

Sunday, August 25, 2013

Tikus Di Perlukan : RM1 Seekor

RM1 untuk seekor tikus yang ditangkap di KL
  RM1 seekor

Rezeki Tikus

Berita baik untuk mereka-mereka yang masih menganggur atau nak cari duit extra dan tidak allergic kepada tikus. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai dalam usaha membasmi penyakit leptospirosis atau kencing tikus, di ibu negara.

Untuk tujuan ini DBKL telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 setahun, termasuk memberi perangkap tikus percuma kepada orang ramai. Dan DBKL menyasarkan untuk menangkap dan menghapuskan tidak kurang 50,000 ekor tikus setahun.

Sebenarnya ada baik jugak program ni coz kat KL ni memang banyak tikus. Besar-besar lagi. Ada yang dah sama besar dengan anak kucing. Pertama Complek adalah salah satu tempat pembiakan tikus. Tak boleh bayangkan penyediaan makanan kat Food Court bawah tu coz selalu nampak tikus merayau-rayau kat situ. Hmmmm..

p/s: Kalau di Terengganu harga bagi seekor tikus yang mati atau hidup adalah RM2. So standby ya orang-orang Terengganu yang nak cari duit extra. Negeri-negeri lain kita belum ada rate dia..

1. Rahsia Menarik Proton  
6. Tawaran Menarik, Kena Cuba 

12 comments:

  1. Baguslah usaha begini. Satu pelaburan yang berani untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyatnya.

    ReplyDelete
  2. Wah.. boleh buat bisnes part-time mcm ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..jadi pemburu tikus...nanti kita recommend kan area dia ya..

      Delete
  3. usaha yg sangat bagus..kalo rajin buat boleh part time tu..haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolah aje akmal...nanti balik Malaysia ya..

      Delete
  4. tikus banyak ni di kawasan flat2 , apartment .. mai tangkap ...

    siapa bijak dan rajin mesti banyak income dia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulk tu PB..sapa-sapa yang bijak mesti boleh dapat income banyak ni..

      Delete
  5. Aik?? biar betol 2..wahh utg 2 rm2 kt ganu =) silap kaya la..he3..kalaulh sy ni pakar mngkap tikus..boleh bt income..tp kt india relax je kn..mereka suka ada la dgn tikus

    ReplyDelete
  6. bagus usaha kerajaan untuk basmi tikus..
    p.s:betul tu, aiza pernah jumpa tikus sebesar kucing ketika singgah di hentian putra waktu tengah malam.. datang seorang pengusaha restoren kot bagi makan kucing-kucing terbiar di situ, boleh pula dia share makanan tu dengan kucing-kucing tu..

    ReplyDelete
  7. Side income lumayan ni...tapi kat tempat saya ni payah la pulok nak jumpa tikus.

    ReplyDelete
  8. Wah... ada yg jadi Jutawan sebab menangkap tikus ni... terutamanya penganggur mcm OKje ni haha

    ReplyDelete

Designed By