Terkini di Mesir: Hosni Mubarak Di Bebaskan ?
Pemimpin Diktator, Hosni Mubarak
Hosni Mubarak Di Bebaskan ?
Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang
digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 akan dibebaskan dari
penjara dalam masa terdekat. Hosni, 85 ditangkap serta dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, dari rasuah hingga
pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.
Penyelesaian segera kes Hosni yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam juga dilihat mempunyai agenda tertentu. Pembebasan beliau pastinya menyukarkan lagi kemelut politik yang melanda Mesir.
Ratusan penembak tepat mula ditempatkan di sekitar Kaherah, semalam.
Dalam perkembangan lain, demi menyelamatkan nyawa jutaan rakyat Mesir, Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan semua perarakan dan demonstrasi dibatalkan terutama di kawasan panas, Maadi dan Al-Misr Jadidah kerana kehadiran ratusan penembak tepat yang mengambil ruang masing-masing dan hanya menunggu masa untuk melepaskan tembakan.
Perhimpunan di seluruh negara itu masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menuntut kuasa Presiden Mohamed Mursi dikembalikan dan mengecam tindakan kejam tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.
p/s: Sebagai saudara seislam, doakan yang terbaik untuk Mesir. Semoga ALLAH bagi petunjuk dan perlindungan untuk mereka.
dah 85 tuh . dok umah jer lar . nanti Allah beri musibah ... subhanallah ...
ReplyDeleteExactly Zawiah...apalah nasib mesir after this..
Deletedoakan saja yg terbaik untuk saudara seagama kita
ReplyDeleteItu yang sebaiknya KA..
Deletesemoga segala usaha baik saudara seislam kita di sana di dalam perlindungan Allah..
ReplyDeleteya allah kesian dgn apa yg berlaku dkt sana..semoga allah beri perlindungan kepada saudara-saudara seislam kita disana.
ReplyDeletekeadaan kat mesir semakin teruk. Ya Allah kembalikan keamanan negeri Mesir.
ReplyDeleteKita doakan yg terbaik buat rakyat mesir, juga mohon agar perkara spt ini tidak terjadi di negara kita.. amin.
ReplyDeleteYa, Allah ku bermohon, kembalikan keamanan di Mesir dan berikan ia kpd golongan yg benar...
ReplyDelete