10 Tanda Hati Yang Rosak

Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai, 

Hati Manusia


Hati manusia ibarat seorang Raja. Ia boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Ia juga boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan. Sebagai seorang mukmin, kita perlu menjaga hati kita kerana seandainya ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan kita.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

10 Tanda Hati Yang Rosak


Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

5 Cara Merawat Hati


5 Cara Merawat Hati

Jom sama-sama kita menjaga hati dengan meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jauhilah 10 perkara yang boleh merosakkan hati kita. Rawatlah hati kita sebelum terlambat supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.

Comments

  1. Nauzubillahminzalik. hrp2 kita di jauhi dari sikap yang membuat hati kita rosak

    ReplyDelete
  2. sentiasa berusaha merawat hati ... kekadang kita pun geran n nak marah juga kan !

    ReplyDelete
  3. banyak perlu di baiki moga urusan ini dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. semoga kita dijauhkan daripada 10 tanda tersebut..

    ReplyDelete
  5. Semoga kita diberi kemudahan utk menjaga hati...

    ReplyDelete
  6. harap dijauhkan dari 10 tanda Raudz..nak share ya..:)

    ReplyDelete
  7. sama2 la kita sentiasa merawat hati kita..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua terhindar dari perkara2 tersebut.. semoga Allah jua memberi pertolongan menjaga hati kita agar sentiasa dekat kehadrat Nya.. amin

    ReplyDelete
  9. semoga kita tidak tergolong di dalam golongan manusia yang hatinya rosak itu.. bersama-sama amalkan 5 cara merawat hati..

    ReplyDelete
  10. moga ada ruang untuk bertaubah bagi mereka yang telah rosak hatinya

    ReplyDelete
  11. Moga kita jagalah hati masing-masing agar tidak tercela.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat