Breaking News

Friday, September 20, 2013

100 Rahmat ALLAH

Salam Sabtu Buat Semua Pembaca Blog Santai,

100 Rahmat ALLAH (Source: Google)

Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW  bersabda maksudnya : "Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan Rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT adalah disebabkan dengan Rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Dan untuk mendapatkan rahmat Allah SWT kita perlu patuh kepada lima syarat berikut:

Lima Syarat Untuk Mendapat Rahmat

1. Tidak melakukan syirik kepada Allah SWT.
2. Sentiasa berzikir dan menjaga hubungan hati dengan Allah.
3. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
4. Sentiasa mengikhlaskan beribadah kepada-Nya.
5. Melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh.

Jom sama-sama kita kejar satu-satunya Rahmat Allah. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal Semua.

Have a good weekend Everyone. Wasalam.

11 comments:

  1. semoga kita sentiasa berada di bawah Rahmat Allah amin ...

    ReplyDelete
  2. bersama-sama kita berusaha untuk mendapatkan rahmat dari Allah..

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua berada dalam lindungannya.. in shaa allah :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Nya.. amin.. amin..

    ReplyDelete
  5. semoga Allah sentaias merahmati kita..

    ReplyDelete
  6. walaupun cuma 5 syarat...tapi susah juga untuk memenuhi kelima2 syarat tersebut...semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri

    ReplyDelete
  7. Bukan mudah nk dapat pahala....rahmat Allah lagilah... moga ibadah kita yg ada ni diberikan srntiasa diberikan rahmat olehNya kan Raudzah

    ReplyDelete

Designed By