Amalan Murah Rezeki

Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Motivasi Pagi: Amalan Murah Rezeki

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar. Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.
Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”
Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa amalan untuk mendapat rezeki yang murah. Antaranya adalah Sedekah.
Perbanyakkan Sedekah

Bersedekahlah waktu pagi kerana ia akan meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
 http://gedungpilihan.com/wp-content/uploads/2013/08/rezeki.jpg  
Mulakan Sedekah Dengan Al Fatihah
http://i435.photobucket.com/albums/qq75/Barbarian82/Sedekah3.jpg
Bersedekalah Kepada Yang Memerlukan. Takkan Kurang Harta Kita Kerana Bersedekah
 
Akhiri Sedekah Kita Dengan Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Dan Sentiasa Ingat Sedekah Jariah Adalah Bekal Kita Di Akhirat Kelak. 

Dan Jangan Lupa Ucaplah Alhamdulillah Ketika Dikurniakan Sesuatu, Samaada Banyak Atau Sedikit. Itulah Rezeki ALLAH. Wasalam.
 

Comments

  1. Sedekah buat anda juga...senyuman :) dan klik2 nuff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks BM...Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

      Delete
  2. alhamdulillah. perkongisaan yg bermanfaat. terus nanie baca al fatihah, selawat dan icap alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. So pagi pagi kena bersedekah senyumlah yeh Raudzah hehe...
    Itu yang paling senang hehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas perkongsian ni raudzah.. semoga ianya menjadi amalan kita semua..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tq share sis..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah =) suka entri ni..terima kasih atas perkongsian yg bagus ni..kenalah amalkn ape yg tertinggal..he3..dah jd motivasi mlam plak pd sy..smoga Allah murahkan rezeki kita semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat