Harga Gula Naik Untuk Elak Diabetes?

 
Harga Gula Naik?

Harga Gula Akan Naik

Harga gula akan dinaikkan secara berkadaran untuk mengurangkan jumlah pesakit diabates. Inilah langkah terbaru kerajaan untuk mengekang kenaikan jumlah pesakit diabetes di Malaysia. Sehingga kini bilangan penghidap diabetes di negara ini adalah 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Gula Punca Diabetes

Kenaikan jumlah pesakit diabetes adalah berkait secara lansung dengan kegagalan mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman. Penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit ini akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang. Dan angka 15% di atas dijangka akan bertambah sekiranya tiada usaha yang dilakukan untuk mengawal penggunaan gula dalam jenis minuman dan masakan penduduk Malaysia.

p/: Kita tak tau samada langkah ni berkesan atau tidak coz ini bukan first time harga gula naikkan. Tapi Pesakit diabetes tetap bertambah. Nway jom sama-sama kita kurangkan gula. Make sure Teh Tarik Mamak not too sweet ya...

Comments

  1. Alasan yang sudah basi...cakap sajalah nak kurangkan subsidi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai BM..yang diabetes tu reasoning aje..he..he

      Delete
  2. pandai diorang nie jadikan itu alasan kan...

    ReplyDelete
  3. lepas tu harga kuih muih naik..makan minum kat restoran pn naik..

    ReplyDelete
  4. Gula naik.. semua naik.. kekadang rasa mcm digula2kan juga diri ni.. wallahualam..

    ReplyDelete
  5. aiza tengok harga gula naik pun masih ramai yang mengidap diabetes.. semestinya juga kenaikan harga gula ini akan memberi implikasi terhadap kenaikan harga makanan atau minuman yang siap dimasak.. contoh paling mudah, disebabkan kenaikan harga gula sebanyak 20sen pada tahun 2010 yang lalu, harga teh tarik pun naik 20sen juga.. jadi walau minta kurang manis pun harga tetap sama juga..

    ReplyDelete
  6. alasan je tuh.. kalau smua org malaysia x de langsung penyakit diabetes, kalau diorang nk naikkan harga gula, naik jugak.. heheh

    ReplyDelete
  7. harga gula naik, peratus pengidap diabetis ni pasti berkurang ke? ehrmmm..

    biasanya pengidap diabetis ni orang kaya. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Teringat satu waktu dulu Samy Vellu pernah bagi alasan yang buat semua orang ketawa berdekh-dekah.( Bab lain le ) Dan sekarang menteri tersebut pulak mengulang sejarah lama.
    Apa boleh kita cakap ? Marah ? Ketawa ? Geram ? Harga gula tetap naik juga.
    Mai minum air masak aja lah lepas ni.

    ReplyDelete
  9. Alasan yang tak masuk diakal..janganlah samakn rokok dgn gula..gula ni keperluan..sbar jelah..owhhh Malaysia

    ReplyDelete
  10. heheheheheheh...macam2 jer dorg ni yer?apa lagi nak naik pas ni...

    ReplyDelete
  11. Semua orang dapat dapat agak jawapan yang diberikan. Aduh....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat