Keajaiban Sujud

Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Keajaiban Sujud

Keajaiban Sujud


Setiap hari kita dihidangkan dengan kisah-kisah masyarakat yang kurang menyenangkan. Ada yang sanggup membunuh keluarga sendiri, bayi yang baru dilahirkan, merompak dan melakukan maksiat secara terang-terangan. Bila kita baca kisah-kisah macam ni, automatically kita akan terfikir, kenapa manusia sanggup bertindak sedemikian? Dimana salahnya hingga ramai yang hilang pertimbangan.

Sebenarnya mengikut kajian takala manusia melakukan perkara-perkara yang seperti ini, otak mereka sebenarnya tidak berfungsi dengan baik. Dan salah salah satu penyebab utamanya adalah kerana mereka tidak menjaga "Solat" yang diwajibkan ke atas semua manusia

Kajian ini disokong oleh ramai ilmuan Islam termasuk lah seorang Doktor di Amerika ( Dr. Fidelma) yang telah memeluk Islam karena beberapa keajaiban  yang di temuinya di dalam penyelidikannya berkaitan dengan otak. Ketika ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Doktor tersebut memberitahu bahwa sewaktu kajian saraf yang dilakukan, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara yang lebih normal.

 Darah Masuk ke Dalam Urat Saraf Sewaktu Sujud

Darah Tidak Memasuki Urat Saraf Dalam Otak


Setelah membuat kajian yang memakan waktu akhirnya dia menemui bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang yaitu ketika  Sujud. Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Ini bererti darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat lima waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Jadi sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otak mereka tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara NORMAL. Itulah sebabnya mengapa adakala manusia ini bertindak di luar batasan walaupun dalam keadaan normal mereka sedar perkara yang akan dilakukan itu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan fitrah manusia.

Semoga kita sama-sama dapat menjaga solat kita supaya otak kita sehat dan berfungsi secara normal dan terhindar daripada perkara-perkara keji dan mungkar.

Comments

  1. kiter pernah terbaca gak pasal ni. Tq Raudzah for sharing this.. boleh rewind balik memori kiter tentang ni

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik raudzah.. setiap perintah dan larangan Allah pasti ada hikmah yang besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aiza..Allah tahu hikmah disebalik kejadian...

      Delete
  3. thx for sharing...gud info...sama2 la kita menjaga solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Noe..sama-sama kita menjaga solat k..

      Delete
  4. subhanallah..itulah kelebihan bersujud ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besarkan kelebihan sujud ni cik ta..lagi lama kita sujud lagi banyak darah serta memasuki otak..dan itu lebih baik rasanya...

      Delete
  5. Perang2 yg jadi disebelah sana tu mesti sebab pemimpin die tak reti sujud kan.. dapat tangkap, hukum je sujud seumur hidup!

    ReplyDelete
  6. Ya Allah ...kebesaran Allah swt.. semua ada hikmahnya tersendirii

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah.. semoga solat kita semua sentiasa terjaga.. amin.

    ReplyDelete
  8. Indahnya Islam...Indahnya bersolat... Tiada Allah jadikan sesuatu itu sia sia....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat