Skip to main content

Kicap Halal Dalam Botol Arak

 
 Botol arak yang mempunyai tanda "Halal" yang diguna semula untuk diisi kicap

Kicap Halal Dalam Botol Arak

Isu kicap halal keluaran Bumiputera yang di isi dalam botol arak, telah menggusarkan ramai orang. Isu ini dibangkitkan apabila kak Ani, salah seorang pembeli kicap tersebut disebuah pasaraya di Perak, mengatakan penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap, menyebabkan beliau ragu-ragu untuk menggunakannya kicap tersebut walaupun terdapat tanda halal pada label botol tersebut. Dan beliau mengharapkan penguatkuasaan dijalankan untuk melindungi umat Islam daripada terus terpedaya.

Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan berkaitan isu yang dibangkitkan ini. Ada yang berkata, Haram menggunakan kicap tersebut dan ada juga berkata kita boleh menggunakan kicap tersebut jika botol tersebut telah dibasuh selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. seperti dibawah.
Abu Tsa’labah al-Khusani: Sesungguhnya aku berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Sesunggunnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi di dalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda; “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu, makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka, Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Hukum Penggunaan Bekas Botol Arak

Berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W, kita boleh rumuskan 3 perkara berikut:

1) Bekas makanan dan minuman orang kafir tidak perlu disamak dengan tanah sebelum digunakan.
2) Gelas arak dan periuk yang pernah digunakan untuk memasak babi boleh digunakan setelah dibasuh dengan air.
3) Hendaklah "mendahulukan" bekas yang tidak pernah digunakan untuk arak dan babi.

Penjelasan Mengenai Penggunaan Bekas Arak

Berdasarkan pandangan yang diberikan, penggunaan botol arak adalah dibolehkan. Tetapi sebagai sebuah syarikat yang pemiliknya berugama Islam, adalah lebih baik menggunakan sesuatu yang bebas dari perasaan "Was-Was".  Dan mengikut Rasullullah S.A.W sendiri, kita dibolehkan untuk menggunakan bekas tersebut jika tiada pilihan. So dalam kes pengeluar kicap yang dimaksudkan, pastinya penggunaan botol arak bukan pilihan terakhirkan. Banyak lagi botol-botol lain yang boleh digunakan.


Extract: SinarOnline, Inspirasiana.blogspot.com & SAYS

Comments

  1. wallahualam... kiter tak pernah tahu pon awak pasal ni. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pernah dengar sebelum ni cuma sekarang isu ni jadi panas lieya..

      Delete
  2. Kicap brand apa tu? Mieza tak pernah beli kicap selain dari Cap Kipas Udang.. Huhuhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak disclose Mieza..kita pun guna cap kipas udang..

      Delete
  3. wah, tq share..xpenh trfikir pulk sblum nie..

    ReplyDelete
  4. Oo... baru tau Raudzah...tak payah disamak....
    Tapi, yelah lebih bagus kalau pilihan tu yg terakhirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukum tersebut berdasarkan sabda Rasulullah SAW tu OKje..dan kita pun rasa ianya tak sepatutnya digunakan sebab bukan darurat..

      Delete
  5. terbaca juga semalam, apakah nama brand kicap itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure farah coz dia orang tak Disclose. Ada beberapa nama tapi kita takut nanti diamn pulak kalu salah...nway kita boleh ckeck kat botol tersebut bila beli coz tulisan arak tu masih ada..

      Delete
  6. ada terdengar dalam berita.. baru aiza tahu hukum tu.. tak payah disamaklah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita baca dan berdasarkan penerangan dari UAI. Unless ada oarng berpendapat sebaliknya..

      Delete
  7. Replies
    1. Tak sure Dhia..tapi boleh tengok gambar kat atas tu..

      Delete
  8. macam2 lah skang ni !

    ReplyDelete
  9. pernah dengar pasal botol kicap tu, tapi baru tau pasal hukum ni.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  10. hmm...ini pun ada..

    ReplyDelete
  11. bru tahu hal ni.. kicap brand barukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure nina coz dia orang tak disclose..tapi gambar ada kat atas tu..

      Delete
  12. btol 2..walaupn dibolehkn..xkn la smpai guna botol arak..pdahal bnyak lg botol boleh digunakn..jgnlah ambil lgkah mudah smpai memudaratkan dri sndiri dan orang ramai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat