Misteri Bunian & Kehilangan Pak Jamaludin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikGNjVMLvw8d_oBIr8GDV_xNysKIcYwC3F3rFOfcxKbdg8PWeVUapJ9u55XMakhDEazh-nwmqUl_3x6xy4w8MsPYUgkynWwFqt7VD9oID3ttErgk0T-lKH3C4ogIkXCwSgjYzU57LbRtI/s1600/momokmovie_06.jpg
 Misteri Orang Bunian

Misteri Kehilangan Nelayan 

Misteri kehilangan seorang nelayan pantai sejak Khamis lalu masih belum terjawab. Gerakan mencari beliau juga masih aktif dijalankan di sekitar kawasan hutan paya bakau di Jeti Sungai Yu, Kuala Selangor. Malah, banyak andaian dan ramalan pawang yang memaklumkan kehilangan Jamaludin Abd Ghani, 50, mungkin disorok bunian memandangkan kawasan yang dilalui untuk mencari ketam dikatakan keras dan merupakan perkampungan bunian.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar menuju ke jeti dalam keadaan hujan renyai tanpa disedari isterinya sedangkan pada awalnya dia memaklumkan tidak mahu turun ke laut disebabkan cuaca yang kurang elok. Apabila suami tidak pulang, dia segera memaklumkan jiran dan bersama-sama mencari di jeti, malangnya tiada sebarang petunjuk ditemui.

Perkampungan Cantik Orang Bunian?

Chek Tom tidak menolak andaian suaminya itu disorok bunian memandangkan kawasan itu memang keras dan pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini. Menurutnya, suaminya juga pernah bercerita dia ada terlihat perkampungan yang sangat cantik dalam hutan paya bakau itu, namun dia tidak pergi dekat. Mungkin kali ini suami saya diduga sampai tidak boleh keluar dari kawasan itu. Ada yang kata suami termakan buah limau yang ranum di dalam hutan itu menyebabkan penunggu kawasan itu tidak mahu melepaskannya.

p/s: Kisah Bunian & Manusia adalah kisah misteri yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Tetapi sebagai manusia kita tau kewujudan mahkluk halus ciptaan Tuhan ini. Dan mungkin ada benarnya Pak Jamaludin disorok bunian atau beliau mungkin terjatuh di dalam sungai dan dihanyut air. Semoga beliau ditemui segera.

7. Tawaran Menarik, Kena Cuba  

Extract: Sinar Online

Comments

  1. Replies
    1. kalau betul kena panggil oang yang tau nif..or mungkin jugak dia terjatuh dan hanyut..

      Delete
  2. Hal2 mcm ni klu boleh mohon biar terhindarlah...

    ReplyDelete
  3. Memang kita tak boleh nafikan bahawa dunia alam bunian ini wujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup TI..kita pun ada juga dengar kisah benar mengenai bunian dan manusia..

      Delete
  4. aiza tak pasti nak percaya atau tak kewujudan bunian tu.. pernah juga terdengar cerita orang tua zaman dulu..

    ReplyDelete
  5. Raudzah gambar tu dah bukan alam bunian dah tu.... tu alam baqa' hehe...menyeramkan sungguh!

    ReplyDelete
  6. hehehe seram lah pulak !

    ReplyDelete
  7. Orang bunian tak tahulah...tapi makluk halus ini seperti jin dan syaitan memang wujud!

    ReplyDelete
  8. dh nmpak entry ni smlm tapi since timing tu xkena xbrni nak tekan lah ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat