Breaking News

Wednesday, September 18, 2013

Motivasi Pagi : Maaf

Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai,


Saling Bermaafan Amalan Mulia

Motivasi Pagi : Maaf

Syaitan akan sentiasa menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri setiap manusia. Pertembungan dua unsur iaitu pemaaf dan nafsu kemarahan merupakan dua perkara yang saling ingin menguasai menyebabkan memberi/memohon maaf itu amat berat dilakukan.

Antara kisah yang paling masyhur mengenai sifat pemaaf ialah kisah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW yang telah diracun seorang perempuan Yahudi dengan meletakkan racun itu kepada daging kambing panggang yang amat digemari Baginda. Walaupun sahabat Baginda, Bisyir bin Barra meninggal dunia selepas memakan daging kambing diberikan perempuan Yahudi itu, Rasulullah tetap memaafkan kesalahannya. Malah Baginda berdoa kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk dan hidayah hingga akhirnya perempuan Yahudi itu memeluk agama Islam.

Biarpun kita hanya insan kerdil, tapi kita yakin semua kita adalah berjiwa besar. Jom kita sama-sama mencontohi Nabi Agung kita, Nabi Muhammad SAW.
 
 https://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash4/1003648_494323787314877_1591467711_n.jpg
Jadikan Maaf Sebahagian Daripada Diri Kita

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Wasalam

11 comments:

  1. kadang2 ade je org yg amik leweh bnde2 cmni

    ReplyDelete
  2. contohi la sifat pemaaf Nabi kita..:)

    ReplyDelete
  3. maafkan sya kalau ada salah dan silap dalam berblogging nie..
    nice sharing tau..

    ReplyDelete
  4. kata maaf itu senang...tapi nak mengikhlaskan dengan hati mungkin belom tentu....jadilah seorang yang pemaaf...

    ReplyDelete
  5. kita memamg hina asal dari tanah siapa kita untuk tentang yang azali lagi..maaf tu salah satu kita muhasabah dirikan

    ReplyDelete
  6. aiza senang memaafkan.. tapi sukar melupakan.. terima kasih dia atas peringatan ini..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah =) harap kita tergolong la dikalangan orang yg pemaaf..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. memaafkan itu amalan yg mulia. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Maafka Okje ye Raudzah...manalah tau termengimpat ke hehe

    ReplyDelete

Designed By