Motivasi Pagi: Marah Itu Dari Syaitan

Salam Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Marah Itu dari Syaitan (Source: Google)

Motivasi Pagi: Marah Itu Dari Syaitan 


Motivasi pagi yang ingin kita kongsikan denga semua pembaca Blog Santai adalah tentang marah.
RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) . 

Sebab itu, ketika berdepan dengan orang yang sedang marah, kita disarankan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat. Keadaan itu mampu melegakan keadaan kerana air yang digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan.

Doa Menghilangkan Rasa Marah


 Doa Menghilangkan Rasa Marah

Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu dapat mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas. Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air serta berdoa.

 Jangan Marah-Marah k

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Comments

  1. perkongsian yang baik.. aiza pun tengah berusaha untuk mengurangkan panas baran dalam diri..

    ReplyDelete
  2. tahan sabar dan bersabar kerana itu yg terbaik.. melepaskan emosi marah hanya membiaskan pd diri sendiri...

    ReplyDelete
  3. Jangan marah2...Cuti2 inilah masa utk mendapatkan ketenangan hati dan minda

    ReplyDelete
  4. nice sharing akak..memang susah nak kawal perasaan marah ni tapi ianya bergantung pada diri masing-masing..

    ReplyDelete
  5. fae kuat marah2 last few days hahaha.

    ReplyDelete
  6. kena banyak senyum la kan dan sentiasa cool down ^_^

    ReplyDelete
  7. Tak boleh larilah dpd sifat marah ni Raudzah...lagi lagi marah anak..
    Nama pun manusiakan.....
    Agaknya hati ni belun cukup bersih nk jadi penyabar kot! Huhu...

    ReplyDelete
  8. ok2 tak marah2 dah =) he3..inshaa'Allah cuba kawal kemarahan..alhamdulillah perkongsian yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  9. cik tom mmg ada habit cpt marah jgk..kena byk amik wudhuk n bc doa penyejuk hati...thanks sis...

    ReplyDelete
  10. dulu masa bujang...panas baran boleh tahan juga...tp bila usia dah meningkat..anak pun dah ada...so sifat sabar tu makin kuat rasanya...

    ReplyDelete
  11. sll jg termarah2..huhu..kena banyakkan bersabar dan kawal marah ni..IN Shaa Allah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. setakat ni Allah masih bagi sy kesabaran ttg marah2 ni.. sy mmg x suka marah2.. mudah2an berterusan. Thanks sharing ye.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat