Ngeri: Apabila Senjata Api Boleh Di Buat Melalui Internet

 
Reka Senjata Api Menggunakan Pencetak 3D

Apabila Senjata Api Boleh Di Buat Melalui Internet 

Suatu ketika kecoh senjata api boleh dibeli melalui facebook.  Biarpun kes tersebut masih belum selesai, kini ada ancaman terbaru dimana senjata api kini bukan hanya boleh dibeli melalui internet tetapi ianya juga boleh di  "Sediakan" mengikut reativiti masing-masing berdasarkan panduan dari internet.

Cabaran terbaru dunia cyber ini bermula apabila ada pihak dari Amerika Syarikat yang menyediakan pelan pembinaan senjata api menggunakan pencetak 3D yang boleh dicetak melalui laman web. Lebih menggemparkan ada laman video di You Tube memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya menembak 14 pusingan tunggal dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D.

Penggunaan Mesin Yang Sama Dengan Mainan Kanak-Kanak

Senjata Api Di Buat Melalui Pencetak 3D

Pencetak 3D selalunya digunakan dalam Industri untuk merekacipta produk yang kreatif. Dakwat atau bahan yang digunakan untuk membina objek bercetak itu diperbuat daripada 'acrylonitrile butadiene styrene' (ABS) iaitu bahan plastik yang sama digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual beberapa syarikat di Malaysia dengan harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.

Biarpun penggunaan mesin itu mungkin memberi manfaat kepada semua namun tanpa kawalan yang ketat ianya akan memberi peluang kepada individu berniat jahat menghasilkan sesuatu yang memudaratkan. Sekiranya tidak dikawal dan tanpa pemantauan Malaysia atau amnya dunia mungkin dibanjiri dengan senjata api. Kalau sebelum ini penjenayah di Malaysia, perlu membeli senjata api dari luar negara, kini ancamannya lebih besar. Ianya boleh disediakan didalam negara tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Comments

  1. Manusia skrg smkin hebat...teknologi pun akan jadik smkin canggih. Tak trjangkau dek akal dan tak terkejar kita. Tapi alangkah elok kalau digunakan ke arah yg betul. Manusia skrg lebih kpd nafsu.

    ReplyDelete
  2. semakin senang nak dapatkan senjata api sekarang ni kan? hu hu hu... semoga ada yang memantau dan mengawal perkara ni... sebabnya orang sekarang senang2 jer nak tembak orang...

    ReplyDelete
  3. Seramnye.. harap yg berwajib berbuat sesuatu dengan cepat, bukan menunggu kejadian yg tidak diingini berlaku dulu.

    ReplyDelete
  4. semakin canggih semakin bahaya pula..

    ReplyDelete
  5. teknologi skang ni semua dihujung jari aje kan... done clik2 nuffnag yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup that is good aboit internet..tapi tulah kalau digunakan untuk cara yang salah..dah jadi macam lain pulak..nway thanks so much KA..sudi click my add..

      Delete
  6. canggihnya..hm bhya pn ada kalau dapat kt pihak2 yg xbertanggungjawab..smkin cinggih teknologi..mkin bhaya plak dunia ni..

    ReplyDelete
  7. bahayanya jika ia tidak dikawal..

    ReplyDelete
  8. Teknologi kalau digunakan dengan niat yang tidak baik, memang membimbangkan.

    ReplyDelete
  9. Kemajuan mmg bagus, namun ada baik & buruknya.. klu jatuh ke minda yg memburukkan, amat teruklah padahnya.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  10. Tak payahlah canggih canggih sangat ...semakin menyeramkan...dah rasa tak selamat pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat