Pelik Tapi Benar: Kembar Siam Dalam Mulut Bayi

Kembar Siam


Sesuatu yang kita tidak pernah terfikir dan terbayang. Bayi dilahirkan dengan"kembar siam" didalam mulutnya. Selalunya kembar Siam berada di luar anggota badan kan. Tapi itulah kekuasaan ALLAH.

Inilah kisah sebenar yang berlaku kepada seorang bayi yang di lahirkan di Bandung, Indonesia. Bayi yang berusia kurang seminggu itu telah mengejutkan ramai pihak apabila wujud seketul daging di dalam mulut yang didakwa ‘kembar siam’ ketika beliau dilahirkan.

Kembar Tidak Bernyawa

Bayi diberi nama Ginan Septian Nugraha itu tidak boleh menutup mulut kerana ukuran kembar dalam mulutnya itu agak besar. Kembarnya itu melekat di dalam rongga mulut bahagian atas dan menjulur keluar. Setelah diteliti doktor, kembar itu menyerupai seorang bayi lelaki. Mempunyai dua kaki, satu tangan dan ada alat kelaminnya. Waklaubagaimanapun, ia tidak mempunyai kepala dan disahkan tidak bernyawa.

Comments

  1. Subhanallah.. complicated juga mcm tu ye..

    ReplyDelete
  2. Ginan Septian Nugraha adalah bayi terpilih. Allah maha besar

    ReplyDelete
  3. subhanallah..mcam mnlh rupanya ye..besar betol kuasa Allah ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat