Skip to main content

Penangan Durian & Gas Bocor

    Durian
    Durian oh Durian
Durian Oh Durian

Durian oh Durian. Ada ke dikatakan bau gas bocor. Itulah alkisahnya, apabila unit kes keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City.  Mereka menyangka tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik. 

'Bau Gas' itu mula terhidu apabila petugas pertanian Malaysia mula membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney. Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat CBD di tingkat 15 Bangunan St Market.
 
Gempar Gas Bocor

Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas lalu menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan.

Apabila diberitahu bahawa bau itu sebenarnya bau durian, para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah melihat durian tersebut dan pasti bahawa bau itu sememangnya datang dari buah berkenaan. Dan untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat telah memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.

p/s: Nasiblah kau durian...kita suka kamu anyway...

Comments

  1. hehe.. lucu pula bila orang putih jadi panik sebab durian..

    ReplyDelete
  2. gas durian memang tak tahan.. haha

    ReplyDelete
  3. alahai hehe..
    suka makan durian ni..

    ReplyDelete
  4. Mereka ni selalu macam tu. Entah apa-apalah.

    ReplyDelete
  5. Adoi punyalah sedap durian tu disangka gas bocor hehe...
    Musang king kot yg bau gitu hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat