Skip to main content

RM2000 Untuk Tebus Dosa

Ahli Kongsi gelap

RM2000 Untuk Tebus Dosa

RM2000 untuk tebus dosa? Mungkin ada yang kata murahnya dan mungkin ada yang akan kata, wah mahalnya. Sebenarnya kita rasa persoalan dosa dan pahala bukan urusan kita untuk tentukan. Walaubagaimanapun selain benar-benar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, kita pasti sedekah yang ikhlas tidak kira berapa jumlahnya akan diberi ganjaran oleh Allah.

Sebenarnya inilah kisah tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, yang telah memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan termasuk gagal menunaikan solat lima waktu.

Nilai Luaran Manusia

Menurut, Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah, yang menerima sumbangan tersebut dari lelaki berkenaan, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru. Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand. Dipercayai selain daripada terlibat dengan aktiviti kongsi gelap, kumpulan tersebut juga ada menjalankan pernigaan tayar di Thailand. Menurut mereka duit inilah yang digunakan sebagai derma.

Berdasarkan cerita di atas, sebenarnya kita rasa ada dua kesimpulan yang boleh kita ambil:

1.Rasanya semua bersetuju kita tidak boleh menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata. Mungkin dari segi luaran seseorang itu kelihatan seperti "ganas" dan melakukan banyak dosa, tetapi kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka.

2. Kita juga agak bimbang sekiranya sumbangan ini adalah "Strategy" mereka untuk mengaburi mata masyarakat. Sekiranya ini adalah benar, kita doakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Sebagai  manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sekurang-kurangnya mereka ada niat untuk berbuat baik.

p/s: Menurut  Husam, YDP Yayasan, ketika bertemu lelaki tersebut, ketiga-tiga mereka mempunyai pistol. Walaubagaimanapun mereka mengakui tidak pernah membunuh. Pistol yang dibawa hanyalah untuk keselamatan. Mereka juga memberitahu bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500. Murahnya harga nyawa manusiakan. No wonder semakin banyak pembunuhan berlaku kerana mereka memerlukan lebih nyawa untuk hidup Mewah.

Comments

  1. ermm selalunya chinese suka buat begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kita pun pernah dengar nina..tapi tak tau pulak kongsi gelap melayu pun ada buat benda yang sama..

      Delete
  2. Kita tak tau apa yang ada dalam hati dan fikiran diorang.. So, apa yang boleh kita buat is just bersangka baik jelah. If ada niat tersembunyi sekalipun, itu antara mereka dengan Allah SWT.. Apa2 pun kita doakanlah yang terbaik buat mereka.. =)
    UNDIAN ANDA DIPERLUKAN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Mieza...apa-apa pun hopefully one day mereka ni kembalai ke pangkal jalan..

      Delete
  3. harap2 semua tu positif jer..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. mudah2an usaha mereka ikhlas & mendapat pertolongan terus dari Allah.. amin.

    ReplyDelete
  5. semoga mereka diberi petunjuk untuk meneruskan hidup dengan cara yg halal...

    ReplyDelete
  6. woww...citer betol ke ni?? bgus pulak ye..btol la..kita xblh nk adili sesorg 2 melainkn Allah..harap mereka tu bertaubat dan kembali ke pgkal jalan..inshaa'Allah

    ReplyDelete
  7. moga hidayah Allah bersama mereka.. :)

    ReplyDelete
  8. semoga mereka segera insaf dan bertaubat..

    ReplyDelete
  9. Walaupun macam tu tp berhati mulia kan Raudzah...tp perbuatan mereke ttp salah...moga akan diberikan hidayah buat mereka!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat