Skip to main content

Kejam: Apabila Anak Cacat Di Rantai Seperti Binatang


 Tinggal anak OKU dalam gua
 Chen Xiantao yang tidak berpakaian dan dirantai di hadapan pintu gua.

Kejam: Apabila Anak Cacat Di Rantai Seperti Binatang

Seorang warga tua di China, bertindak merantai kaki dan meninggalkan anak lelakinya yang buta serta mengalami kecacatan mental di dalam sebuah gua selepas kehilangan tempat tinggal di Wilayah Henan, China. Cheng Xiantao, 26, yang ditemui dalam keadaan kotor dan tidak berpakaian diikat menggunakan rantai besi dalam sebuah gua di pinggir kampung Chengling.

 
Kesiannya
Cheng Xiangtao
Merenung masa depan
 Under lock and key: Cheng Xiangtao's father insists that this is the best way to care for his son... while he has moved in with his daughters
Tak boleh lari

Bapa mangsa, Cheng Yuanchao, 70, mengaku bertindak sedemikian dengan alasan beliau telah kehilangan rumah dan terpaksa tinggal bersama anak perempuannya. Bagaimanapun menurutnya dia melawat anaknya tiga kali sehari dengan membawa makanan dan minuman agar dia tidak lapar atau kehausan. Dan dia juga mengakui terpaksa merantai anaknya untuk mengelakkan beliau dari lari atau mencederakan dirinya sendiri.

Rakaman gambar keadaan Cheng Xiantao yang tersiar di internet telah mendapat kritikan ramai yang menyifatkan tindakan Cheng Yuanchao seperti membela babi atau lembu.

Comments

  1. kejam! tapi Liya kdg2 geram jugak tengok family yang ada saudara terencat yang membiarkan ahli kjeluarga mereka itu berkeliaran di tempat awam. kdg2 boleh membahayakan mereka dan ada yang kdg2 di lnggaq kereta sebab melintas tak tengok kiri kanan.. kesian sgt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lieya ramai yang macam tu..memang kesiankan..memang besar dugaan bila ada members dalam family yang macam ni kan..

      Delete
  2. subhanallah..keciannya..xptt dia bt cmtu =( wlaupun cacat..dia pn ada perasaan..apa kata bela je elok2..kecian btol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SKA. Kita rasa kes agak extreme coz budak tu bukan setakat mentally retarded, but mata pun buta. Dia mungkin tak tahu apa yang berlaku pada dia...

      Delete
  3. Replies
    1. Yup Bahrain..jgnlah ada diantara keluarga semua yang di uji macam ni..

      Delete
  4. Negara China ni mmg ramai yg buat benda diluar jangkauan manusia normal lah.. ramai yg jiwanya kacau.. sedih dibuatnya mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir...apa yang dia orang buat ada yang tahap extreme..pelik tapi benar...

      Delete
  5. dia tidak minta dilahirkan sebegitu ... 3 hari sekali baru dapat makan ! sekurang2nya pakaikanlah dia baju yg lengkap serta selimut . dah tentu sejuk diwaktu malam ...

    ReplyDelete
  6. kejamnya :( ada juga manusia yang perangai mcm binatang. tp binatang pun sayang anak tau.

    ReplyDelete
  7. kasihan tengok budak tu.. kejam bapa budak tu, tapi apakan daya.. dia memang ada alasan tersendiri untuk memperlakukan anaknya sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  8. Alahai nasiblah awak wahai anak dapat ayah cenggitu!

    ReplyDelete
  9. kesiannya tengok budak ni. dahla anak tu cacat boleh pulak di layan sebegitu rupa. MasyaAllah.. takutnya tengok

    ReplyDelete
  10. memang kesian tengok Raudz..tak patut buat anak macam tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat