Skip to main content

Apabila 60% Guru Bahasa Inggeris Tak Layak Mengajar

Bila Guru Kurang Fasih
 
Serius: 60% Guru Bahasa Inggeris Tak Layak Mengajar

Mengikut kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, HANYA Satu Pertiga (+30%) daripada 61,000 guru Bahasa Inggeris Layak Mengajar kerana mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik. Dan menurut beliau, guru-guru yang tidak layak bakal dihantar berkursus untuk memahirkan diri sebagai persediaan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Sebenarnya isu ini bukanlah isu yang baru. Ianya telah lama muncul dan telah dibincangkan oleh pelbagai pihak sejak dulu. Cuma masalahnya ialah cara untuk menangani isu ini mungkin tidak effective. So that's why after a few years, they are still talking about the same thing. And I am sure most of you guys out there agreed that this is a serious issue indeed. Kalau guru sendiri tidak berkemampuan untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, bagaimana mau menjadi cikgu yang baik kan. I am sorry kalau this statement sound a bit harsh, but sometimes we have to be honest with ourselves untuk kebaikan semua.

Cara untuk Memperbaiki Kemahiran Bahasa Inggeris.

Dan umum semua tahu, Bahasa Inggeris TIDAK boleh dipelajari dengan kursus-kursus jangka pendek selama seminggu atau dua minggu. Ianya memerlukan commitment yang tinggi kerana ia bukan bahasa ibunda kita. Untuk FASIH berbahasa inggeris kita perlu perbanyakkan komunikasi di dalam bahasa Inggeris. Selain itu kita perlu banyak membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.

 http://lh3.ggpht.com/-VtmBhDQ4_aM/UcAaQK8K8DI/AAAAAAAAArU/YPYk06X9qbQ/lawak%252520bahasa%252520inggeris.jpg?imgmax=400
Tidak perlu Malu Jika Salah

Dan yang pasti setiap usaha untuk menguasai bahasa Inggeris perlu datang dari tuan empunya badan. Setiap individu perlu hilangkan rasa malu jika ingin berjaya dan kena ingat mempelajari Bahasa Inggeris adalah Keperluan untuk menjadikan kita lebih kompetitif.

p/s: Apa yang pasti, pemilihan guru adalah amat penting. Pastikan mereka yang dipilih adalah benar-benar layak. Bahasa Inggeris sendiri perlu di beri keutamaan dari pra-sekolah selain daripada bahasa ibunda. Berdasarkan keadaan semasa kita sendiri quite skeptical apakah rancangan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek WAJIB lulus mulai 2016 sesuatu yang rational.

7. Tawaran Menarik, Kena Cuba 

Comments

  1. Sebut pasal isu ni naik menyampah pun ada. Duit dikeluarkan utk ajar guru2 english yg xmahir kononnya dgn import tenaga pengajar dr luar. Modul yg digunakan cam budak tadika. Better gajikan guru mahir dlm negara je. Jimat duit. Gaji dan elaun pun dpt kt cikgu kita jugak. Hurm..... pendapat peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rasa ada betulnya liza coz ada yang bagitau cikgu English mengajar dalam bahasa malaysia...kan susah tu..and kita setuju mungkin kerajaan tak perlu hantar kursus cikgu-cikgu yang tak mahir coz that is not the solution. Pengambilan mereka-mereka yang mahir adalah lebih baik..

      Delete
  2. sebenarnya ramai guru tesl graduate tiap thn ... tapi mana mrk pergi pun x tahu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup itu salah satu pilihan yang dia orang ada Vee..

      Delete
  3. adoiyai...susahlah macam ni...

    ReplyDelete
  4. psl tu lah budak2 sekarang susah sgt nak menguasai bahasa inggeris. cikgu sniri pon xmahir cm na budak2 nak pndai kan

    ReplyDelete
  5. hntar kursus 2 stuju jugak..tp xbleh la kursus je..rasanya xmnjd jugak..kena ada pndedahan sndri mcm berckap dan membca dalam bi..tp bmbg juga sy, hrap BM xdiabaikan la..sbb skrg bhasa rojak bnyak sgt..smpai ada ayat dan sbutan dah dilupakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu SKA..kena focus dua-dua..BM still no 1..so yang tu memang tak boleh diabaikan..tapi BI pun kena bagi perhatian yang lebih coz dua-dua ni penting sebenarnya.

      Delete
    2. BM still no 1...hehe
      Masalah yg takkan selesai selagi tiada ketelusan dan perancangan yg tepat. Semuanya ada agenda peribadi...

      Delete
  6. Baru-baru ini guru Bahasa Inggeris telah diuji dengan soalan pengujian. Dan langkah lain, diberi bimbingan daripada penutur jadi dari luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cikgu..tu yang dapat result ramai yang score rendah masa ujian tu..Conclusion nya 70% failed.... Kita harap ada cara yang lebih effectice untuk cikgu-cikgu ni memperbaiki kemahiran masing-masing..kalau tak susah jugak nak ajar studentkan..

      Delete
  7. Mcmne lah ye.. tp mmg betul sbb ada guru yg mengajar inggeris yg tersilap mengajar sehingga ada murid lebih tahu ttg kesilapan tu drp mereka sendiri.. ini kes benar. Faktor diri sendiri pun betul, tp hal guru yg x layak ni mmg jadi masalah lah...

    ReplyDelete
  8. i am glad that dari kecil fae dah di beri pendedahan awal dalam penguasaan bahasa english ne. walaupun x fluent sangat but i will keep trying to improve my english :)

    ReplyDelete
  9. tips nak cepat blajar Bi, selalu2 la dgr lgu english..pastu knal pasti apa butir2 dia nyanyi..then, cri mksud dia..hehe..dlu time muet study cmni je..hehe..

    ReplyDelete
  10. Setuju ngan awak Raudzah....kursus jangka masa pendik tak boleh menyelesaikan masalah ni....
    Tengok jelah OKje ni dari darjah 1 sampai Ting 5 belajar BI, tu pun masih tak pandai2 nak berspeaking haha...Inisiatif diri sendiri pun kurang...huhu

    ReplyDelete
  11. aiza sendiri pun kurang mahir berbasa inggeris ni.. semoga perancangan oleh pihak kerajaan dapat memperbaiki mutu bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.. betul kata raudzah, apa-apa pun perlu diri sendiri yang berusaha untuk menguasainya..

    ReplyDelete
  12. eee.. no komen, sampai Adik KA nak suruh Ummi je lah yg ajer english kat sekolah, cikgu ajar ntah apa2 lah hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat