Skip to main content

Tragedi Kenduri Kahwin, Tiga Maut Akibat Keracunan


Mangsa keracunan, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.

Kenduri Kahwin Bertukar Tragedi

Kegembiran kenduri kahwin bertukar tragedi, apabila 3 maut akibat keracunan makanan, 2 lagi kritikal manakala lebih 60 orang masih menerima rawatan. Kenduri yang diadakan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu yang lalu menghidangkan lauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku sebagai menu utama.

Majlis kenduri tersebut disediakan secara bergotong-royong.  Walaubagaimanapun hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang yang dikatakan mengalami keracunan makanan. Lauk ayam masak merah yang tercemar dikatakan sebagai punca keracunan.

Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah

Mangsa keracunan dikatakan mempunyai simpton yang sama. Sakit perut yang melampau, Cirit-birit dan juga muntah-muntah. Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam. Mereka juga dikatakan mengalami, cirit-birit, mual serta muntah-muntah yang serius.

Dehidrasi, Punca Kematian?

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat. Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius.  Mereka-mereka yang mempunyai simpton yang sama dinasihatkan segera mendapatkan rawatan. Pihak hospital juga akan mengambil sample najis mangsa untuk menentukan kuman yang dijangkiti.

Doa Mengelakkan Diri Dari Musibah

Musibah ada dimana-mana. Amalkan Doa berikut setiap hari untuk menjauhkan kita daripada segala musibah akibat keracunan makanan atau niat jahat manusia.


Ayat ni hendaklah dibaca selepas solat sebanyak 3 kali. Ianya juga perlu diamalkan sebelum makan dan minum, selain daripada doa yang selalu kita baca. Semoga Allah memelihara dan melindungi kita semua daripada segala musibah.

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa.

Comments

  1. dgr kat berita smlm... terkejut gak... kes yg jarang2 terjadi... nauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jarang maria..kalau setakat keracunan biasa tu selalu jugakkan..but not sampai ada yang meninggal..hmm

      Delete
    2. Saya pernah sekali kena food poisoning.. memang dehydrate sampai rasa nak mati. Kena masuk air 2 botol, 1 injek kat bontot baru boleh bukak mata. Nauzubillah, tak nak kena lagi. Skrg mmg hati2 sangat bab makan.

      Delete
  2. macam tu sekali teruknya,,,,nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak dijauhkan Allah kan aida..datang untuk meraikan pengantin, dah jadi macam ni pulak..kesian dia orang..

      Delete
  3. Nauzubillah.. sedih sgt bila dlm kegembiraan bertukar tragedi. T kasih diatas perkongsian doa ye.

    ReplyDelete
  4. masyaAllah... sampai meninggal ... mungkin dah ajal kan.. inalillah...

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah. Baru tau. Moga yang lain-lain baik-baik saja.

    ReplyDelete
  6. Masyaa Allah...blum pernah dgr kes yg mcm nih. Bahaya la skrg nak makan kenduri pun, kan. Apapun, berhati-hati la yer.

    ReplyDelete
  7. TB dengar gak bnde ni..hurmm kesian rasa nya da ajal..tp tuh la pelik mkn kt kenduri pon xselemat ke?yerla kite xtau ape kandungan nye..kekadang terlepas pandang..ya allah minx dielakkan laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tualh TB..Memang tak terfikir akan jadi macam nikan..semuanya dah ditentukan Allah..

      Delete
  8. Replies
    1. Takziah kepada ahli keluarga dan alfatihah kepada mereka yang dah tiada..

      Delete
  9. Takziah kepada keluarga mangsa. Malang tidak berbau...Hanya dengan doa dan tawakal mampu menghindar diri dari kecelakaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..Coz kita tak tau apa yang Allah telah rancangkan untuk kita..Hanya doa mampu mengubahnya...

      Delete
  10. innalillah..takziah kpd kluarga mangsa..hmm smpai mninggal..kalau kes mcam ni, polis xbuat ape2 ke?? tp kalau bg saya redha jelah..bnda xsgja..smuanya Allah dah rancang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat