Wajib Lulus Bahasa Inggeris Untuk SPM 2016
Bahasa Inggeris
Wajib Lulus Bahasa Inggeris Untuk SPM 2016
Kalau kita masih ingat, suatu ketika dulu kerajaan telah menetapkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik diadakan di dalam Bahasa Inggeris. Dasar pembelajaran itu walaubagaimanapun menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak ia dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Dasar ini kemudiannya telah dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Dan kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman baru, apabila menyatakan bahawa Bahasa Inggeris akan menjadi Mata Pelajaran Wajib Lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016. Sebagai persediaan kerajaan berhasrat untuk menambah waktu persekolahan kepada satu atau dua
jam bagi meningkatkan penguasaan bahasa itu dikalangan pelajar terutama dikawasan luar bandar.
p/s: Kita tidak pasti samada kajian mendalam telah dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum pengumuman ini dibuat dan adakah ianya mengambil kira pandangan semua orang. Semoga usaha ini disokong sepenuhnya dan cara pembelajaran itu sendiri perlu dipertingkatkan bukan dengan hanya menambah waktu belajar.
hahaha...tutupa aurat lagi WAJIB heheh
ReplyDeletekaedah pembelajaran yang perlu ditekankan.. bukan sekadar menambah waktu saja..
ReplyDeleteSy selalu terfikir, bnyk pelajar bangsa lain esp Cina yg boleh perform dlm bahasa Melayu & Inggeris. Mereka kena belajar 2 bahasa hidup di sini. Di kebanyakan negara lain pun kena perform dlm bahasa kedua spt bahasa mandarin, perancis atau spanyol.
ReplyDeleteKenapa kita asyik sibuk ttg isu Bahasa Inggeris ni x abis2. Tentu ada kaedah yg lagi berkesan yg kerajaan harus fikir utk menangani.. ini bukan soal bahasa penjajah atau utamakan bahasa kebangsaan yg mana sy rasakan mcm alasan bagi sesetengah org utk tidak mengambil berat ttg isu mcm ini, ia fardu kifayah utk membolehkan dunia dengar sesuatu dari kita atau jalan dakwah kita. Mmg betul spt yg ditulis.. kaedah tu perlu. Tu belum kena study bahasa arab lagi.. alamaknya mcm2 lah isu.. wallahualam. Maaf klu terpanjang pula komennya :)
Harap-harap kajian yang mendalam telah dilakukan. Jangan main tarik tali pula. Pelajar yang jadi mangsanya nanti.
ReplyDeleteCabaran buat pelajar SPM 2016...tapi rasanya budak2 sekarang semuanya berabuk kecek omputihkan Raudzah
ReplyDelete