Breaking News

Sunday, October 20, 2013

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/wp-content/uploads/2011/11/bersalamjpg.jpg
Apabila Bertemu Tidak Bertanya Nama

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri. Kalimat zalim biasanya digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan dan juga kemusnahan harta benda. Pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia.,

Zalim Apabila Tidak Berdoa Untuk Orang Lain


Yang di atas adalah nyata. Kezaliman yang kita lakukan terhadap orang lain. Namun, tanpa sedar mungkin kita terlupa, bahawa kita juga boleh menzalimi diri sendiri, apabila kita gagal menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia. Antaranya apabila kita gagal menjadikan Al Quran sebagai amalan harian kita serta tidak pernah mendoakan kebaikan orang lain. Kita juga menzalimi diri apabila tidak menunaikan solat sunat Tahayatul Masjid apabila masuk ke masjid dan tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di tanah perkuburan.

Zalim Apabila Tidak Solat Jumaat


Kita juga bertindak zalim pada diri sendiri apabila tidak menunaikan solat Jumaat, tidak bertanya nama apabila bertemu rakan baru, serta sentiasa mengelak untuk menyertai majlis ilmu yang dikelolakan oleh orang alim.

Zalim Apabila Membiarkan Jiran Kelaparan


Kita juga menzalimi diri sendiri apabila sengaja tidak menghadirkan diri apabila dijemput untuk meraikan majlis rakan atau jiran, tidak mahu bekerja atau belajar, serta membiarkan jiran kelaparan.

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251169_4340814130363_359461434_n.jpg
10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Pastikan kita bukan salah seorang daripada yang di atas.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

24 comments:

  1. allahuakbar, jauhkan lah kita dari tergolong dalam golongan seperti ini, selamat pagi dan salam ceria kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi and salam ceria mama...

      Delete
  2. alhamdulillam. ramai yg segan nk tanya nama tika mula berkenalan walau sama jantina... zalimkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa sedar kita menzalimi diri kan PCL..

      Delete
  3. tu yang nak kena jauhkan tu..insyallah..moga memberi satu pengajaran dan peluang untuk kita melakukan yang terbaik

    ReplyDelete
  4. Dulu nor suka tanya nama masa mula2 kenal. Sekarang tengok keadaan :).

    ReplyDelete
  5. salam..

    apa khbar?

    rasa diri maish banyak yang perlu di baiki..dan terus baiki

    ReplyDelete
  6. bila kita rasa sempurna kita kata kita dha buat terbaik.tapi tak kan..

    ReplyDelete
  7. jangan mudah kita rasa kita baik tapi kita sering lupa orang sekeliling perlukan kita juga doa, bantuan dan sebagainya huhuhu..

    ReplyDelete
  8. kadang2 kita terlepas pandang kan.. tq kerana mengingat kan ^_^

    ReplyDelete
  9. ya allah jauhkan la aku dari sifat ini ya allah..

    ReplyDelete
  10. semoga kita dijauhkan daripada 10 golongan tersebut..amin

    ReplyDelete
  11. kena jauhkan tu...yg pasti kite pon x sempurna...

    ReplyDelete
  12. semoga kita tak tergolong di kalangan mereka yang zalim..

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.. semoga kita terhindar dari tergolong dikalangan golongan spt ini.. Mari kira bersama2 doa mendoakan sesama kita semua.. amin.

    ReplyDelete
  14. salam kenal jugak kak! alhamdulillah..perkongsian yg hebat!!

    ReplyDelete
  15. Semoga kita tidak menzalimi diri sendiri...

    ReplyDelete
  16. peringatan untuk diri sendiri..terima kasih raudzah..

    ReplyDelete
  17. peringatan untuk kathy sekeluarga..

    ReplyDelete
  18. Bab memenuhi jemputan tu.. rupenye trmasuk dlm menzalimi diri sendiri.. akan cube memenuhi setiap jemputan lepas ni. In shaa Allah.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela saya pun kurang perasan hal...minta2 dijauhkan dari golongan zalim ni

      Delete

Designed By