10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4kdTIosgjtAGRCJ33cI9LETRvQJjfOx4v4bFxKZZD1h9Z4P5HHTWFSQgDrI1zcfp5DxTaYixI31k1mLUaFRBLBOMDZ8pa8GL6lhmTtKYprUc9V74xH7n8QQA72Sy6u5K2CQ4ICs33zFzm/s1600/Picture2.png 
Jangan Berjalan Di Muka Bumi Allah Dengan Lagak Sombong

Neraka Tempat Orang Yang Sombong 


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Ke Neraka. Sombong atau takabbur ertinya perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya. Kesombongan atau ketakabburan juga boleh berlaku apabila manusia mendapati keturunannya, sifat lahiriahnya sama ada cantik, kacak atau perkasa ataupun kaya dari segi material adalah lebih berbanding dengan orang lain.

Di dalam hal ini kita perlu menyedari hakikat bahawa tidak ada satu makhlukpun di dunia ini yang boeh mengatakan bahawa dia berhak untuk berlaku sombong. Ini kerana, kesombongan atau kebanggaan itu menunjukkan kebesaran atau kehebatan diri seseorang. Sedangkan kebesaran atau kehebatan adalah kriteria mutlak yang menjadi milik Allah s.w.t., dan tidak ada seorangpun yang boleh memilikinya. Ini seiring dengan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc39XsenY-8KyUfVtHP2h0WYer8gdb44iBOovKgEMCacV0LkNrU5RJdlJpG40hNLYwdk9rc2W1olY2hzgrzSPBbqBdGhlmIZ_K_qp2CoFgbVBGneS23_W7U4V4LK27uuQPTq-yklaLkps/s640/B.jpg
Neraka Tempat Orang-Orang Yang Sombong

 Antara 10 Jenis Sombong Yang Boleh Membawa Kita Ke Neraka adalah:


1. Memandang Hina Golongan Bawahan
2. Susah Menerima Pandangan Orang Lain. Sentiasa Merasakan Diri hebat.
3. Tidak Senang Dengan Kejayaan Orang Lain (Kejayaan Blogger Lain Mungkin)
4. Meyimpan Perasaan Dendam Apabila Tidak Dapat Apa Yang DiKehendaki
5. Tidak Menghargai Pemberian Orang (Hadiah Dari Kawan-kawan)
6. Suka Memperkatakan Keburukan Orang (Melihat Diri Lebih Sempurna)
7. Mudah Marah Dan Beremosi Apabila Di Kritik. Tapi Begitu Hebat Apabila Mengkritik.
8. Memilih Kawan-kawan Berdasarkan Kedudukan (Memilih Di Antara Blogger Mungkin)
9. Kurang Bermesra Dengan Orang Lain. (Mungkin Sesama Blogger)
10. Susah Meminta Maaf Dan Memberi Kemaafan Kerana Merasakan Diri Hebat
Nota: Maaf kalau kita menggunakan Blogger sebagai contoh kerana kita selalu baca ramai Blogger-Blogger yang berkecil hati dengan sikap sesetengah Blogger yang dianggap "Memilih" dan "Tidak Mesra Alam".
Kesimpulannya kita tidak berhak mempunyai sekelumit pun perasaan sombong dalam diri, kerana setiap apa yang kita ada bukanlah milik kita. Dipinjamkan Allah untuk sementara. Bila-bila masa boleh diambilNya.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Jauhi 10 sifat yang diatas. Semoga Syurga Milik Kita.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Comments

  1. harap sya tak termasuk dalam golongan sepuluh orang itu...insyallah

    ReplyDelete
  2. Na'uzubillahiminzalik, sentiasa muhasabah diri agar tidak tergolong dlm golongan tersebut, bagaimanapun kita manusia tidak sempurna kadang2 tak sengaja,tidak terniat tapi rupanya orang anggap kita sombong~

    ReplyDelete
  3. mohon dijauhkan kita dari sifat2 sebegini kan !

    ReplyDelete
  4. Moga d jauhkanlah dari saye sifat2 itu... :)

    ReplyDelete
  5. manusia leka dam terus terhumban ke dalam hiburan yg melampau sehingga ada yg sombong bongkak di dalam dosa ..

    ReplyDelete
  6. Bersama kita muhasabah diri...sesungguhnya kita ini teramat lemah dan lalai.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas perkongsian ini..semoga kita semua dijauhkan dari sifat2 tersebut..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Assalam
    Bimbangnya jika termasuk dalam golongan ini.

    ReplyDelete
  9. moga kita tak tergolong di dalamnya..

    ReplyDelete
  10. semoga aiza tak tergolong dalam 10 golongan itu.. kadangkala aiza tak tersedar kesilapan aiza sendiri..

    ReplyDelete
  11. Sangat suka baca writing anda ;) sgt memberi semangat. Nah kiss dari saya ;)


    BTP

    ReplyDelete
  12. Sombong tukan sifat manusia Raudzah...tak de salahnya blogger dijadikan perumpamaan, cuma sebagai manusia kita kena sedaya upaya untuk mendidik diri kita sendiri supaya tidak sombong...

    ReplyDelete
  13. Assalam.. Semoga kita semua dijauhi dari dihinggapi oleh sifat2 tersebut.. aamiin..

    ReplyDelete
  14. Nice sharing Rauzhah.. takkan masuk syurga jika kita ada penyakit sombong walau sebesar biji sawi.

    p/s: hmmm, kalau blogger sombong, sy pun malas nk layan..huhu ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat