Breaking News

Saturday, October 5, 2013

6 Nasihat Ibu Untuk Seorang Anak


6 Nasihat Ibu (Cr: Google)

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Motivasi Pagi: Nasihat Ibu


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 6 Nasihat Ibu Untuk Seorang Anak yang sayangi.  Setiap kita punca impian untuk kelihatan sempurna, physically dan mentally. Ramai yang sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk kelihatan sempurna. Namun kadang-kadang kita terlupa ada jalan yang lebih mudah untuk mencapai impian kita. Tanpa modal yang besar.  Hanya gunakan setiap pancaindera yang di anugerah Allah dengan sebaik mungkin. Itulah nasihat ibu, kepada seorang anak gadisnya:

Suatu pagi seorang anak gadis berkata pada ibunya:
“Ibu, ibu sentiasa kelihatan cantik. Apa Rahsianya? “
“ Dengan renungan yang lembut serta senyuman yang begitu manis, sang ibu menjawab, anakku:
“ Untuk dapatkan Bibir yang menarik,
Ucapkanlah perkataan yang baik”
“ Untuk
dapatkan Pipi bak pauh dilayang, Senyumlah dengan ikhlas kepada siapapun”
“ Untuk
dapatkan Mata yang indah menawan, Lihatlah kebaikan pada orang lain..”
“ Untuk
dapatkan Tubuh yang langsing, Sediakanlah makanan untuk fakir miskin”
“ Untuk
dapatkan Jemari tangan yang lentik menawan, Hitunglah setiap kebajikan yang telah di perbuat orang kepadamu.”
“ Untuk
dapatkan Wajah putih bercahaya, Bersihkan hatimu dari segala kekotoran batin"

Mudahkan., tak perlu keluarkan duit walau sesen pun. So tunggu apa lagi. Jom sama-sama kita dengar dan amalkan nasihat ibu, semoga kita mendapat keberkatan dan kesempurnaan hidup didunia dan akhirat.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

11 comments:

  1. Subhanallah.. perkongsian yg baik buat semua.. semoga berkat.. amin.

    ReplyDelete
  2. betul tu.. semoga semua itu menjadi amalan kita semua..

    ReplyDelete
  3. ibu akan sentiasa ada untuk kita selagi dia masih hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Suri...Ibu adalah segalanya untuk kita..

      Delete
  4. tak perlu keluar modal pun kalau nak cantik kan Raudz..tq share..izin share ya..;)

    ReplyDelete
  5. Alahai sweetnya nasihat ibu untuk insan yg bernama anak....
    Rasanya Okje tak pernah buat sweet macam tu Raudzah...semua kasi gegar punya nasihat hehe

    ReplyDelete

Designed By