Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Solat Tahajud
Solat Tahajud
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat
mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu'akad (solat yang dituntut oleh Syara'). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan
sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu
yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.
Pesanan Dari Imam Nawawi:
"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak
mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau
telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang
membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana
Dia lah sebaik-baik pelindung.."
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah
telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu
melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari
Rasulullah S.A.W saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah
salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat
malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga
dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Dirikanlah solat
malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang
soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada
tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah
berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang
tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai
Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang
yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa
keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa
sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Semoga Allah
merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan
membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di
wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan
membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di
wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam
hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia
dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR.
Muslim)
6. Penghapus dosa
Dari Abu
Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah
Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk
taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR.
At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang
yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup
lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka
terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah
ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia
juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia
akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani
Allah
SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang
baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri
untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Moga Allah berikan kekuatan itu.... kan Raudzah
ReplyDeletesubhanallah..nice sharing akak :)
ReplyDeleteinsya allah TB uat juga bila kelapangan
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian dan peringatan ini.. dah lama aiza tak buat..
ReplyDeletebanyak sangat fadhilat solat tahajud ni . tq share Raudzah ^_^
ReplyDeletetq share, cuma mmg fitrah manusia nak buat tu mmg payah kan !
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini...x ramai yg tau...
ReplyDeletetqvm sis...
ReplyDeleteT kasih diatas perkongsian.. semoga membawa kebaikan buat kita semua.. amin.
ReplyDeleteelok la kita amalkan...
ReplyDeleteinsyaallah
ReplyDeleteterima kasih bg info yg bernas
In shaa Allah.. peringatan untuk diri Nurul
ReplyDeletechicago bulls jerseys
ReplyDeletesan francisco 49ers jersey
broncos jerseys
pittsburgh steelers jerseys
new england patriots jersey
polo pas cher
bears jerseys
colts jerseys
cleveland browns jersey
nike outlet
miami heat
instyler
jacksonville jaguars jerseys
ferragamo outlet
oakland raiders jersey
kansas city chiefs jerseys
carolina panthers jerseys
air max 90
oklahoma city thunder jerseys
golden state warriors
hollister
instyler ionic styler
ysl outlet
new balance outlet
tods outlet online
new york knicks jersey
new york knicks
fred perry polo shirts
nike free run
new orleans saints jersey
puma outlet
saints jerseys
dallas cowboys jersey
jaguars jersey
supra shoes
linyuan0511