Ayam "Busuk" Punca Keracunan Makanan
Mangsa Keracunan
Ayam "Busuk" Punca Keracunan
Ayam Busuk dikenalpasti sebagai punca keracunan makanan di kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang telah mengorbankan 4 nyawa stakat pagi ini dan menyebabkan ratusan lagi menderita. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat.
Menurut beliau, Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan telah dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri. Berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa. Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu telah berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi.
Simptom keracunan Selepas 12 Jam
Dr Ismail Abu Taat turut mengesahkan bahawa mangsa yang makan makanan tercemar tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Sehingga kini, 4 orang mangsa kejadian tersebut telah meninggal dunia. Mangsa terbaru adalah Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam semalam, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam. 200 lagi mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini. Daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
p/s: Inilah Pengajaran kepada semua, supaya tidak menggunakan barangan yang telah rosak untuk dihidangkan kepada tetamu. Kadang kala ada yang takut rugi jika dibuang, so di masak untuk dihidangkan.
Ish ish. Takut da.
ReplyDeleteMemmang mengerikan Nad..this is serius kan..
DeleteSalah seorang yang meninggal tu pelajar universiti sy, UIA. Agak menyedihkan. Tak sepatutnya perkara ni berlaku
ReplyDeleteYup kesian arwah...mungkin itu dah takdirkan..hanya sebab nak meraikan pengantin...
Deleterisau dah nak pergi kenduri kawen nie..kesian mereka yang terkena tu...
ReplyDeleteMemang aida. Rasanya ramai yang risau sekarangkan..yalah malang tak berbau..
Deletebahaya nye ingtkan ade yg pekena kn rupenye expired date brg yg digunakan.ngerinyee
ReplyDeleteMcm tak ikhlas je.. Knp mcm tu kn.. Tpi smuanya atas kehendak Allah gak kan.. Takziah buat klurga mgsa yg tlh meninggal dunia...
ReplyDeletebuat kerja halai balai macam ni lah jadi nya
ReplyDeletebahaya kan kena keracunan makanan ni..tidak boleh dipandang ringan mcm tu je..
ReplyDeletepeniaga kedai makan pun harus ambil ikhtibar juga dari kejadian ini.. kebersihan amat penting di dalam penyediaan makanan..
ReplyDeleteYa Allah.. bahayanya.. rupanya drp ayam busuk..
ReplyDeletetakut jugak kalau macam tu...
ReplyDeleteAyam busuk dijadikan hidangan smpi meragut nyawa.. Takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeletepengalaman KA sendiri hadiri satu kenduri kahwin dulu... habis sakit perut satu keluarga pun gara2 ayam masak merah ni !
ReplyDeleteSusahkan KA bila jadi macam ni..apa-apa pun kebersihan memang kena jaga...
Delete