Breaking News

Wednesday, October 30, 2013

Gadis Ini Di Tanam Hidup-Hidup Setelah Di Rogol

 
Perjuangkan Hak Wanita yang Tertindas

Di Rogol Ketika Ke Kelas Mengaji


Kejam, apabila seorang gadis telah ditanam hidup-hidup setelah dirogol dua lelaki. Kisah ngeri ini berlaku di Pakistan. Dalam kejadian tersebut, seorang gadis berusia 13 tahun telah di culik ketika dalam perjalanan untuk ke kelas mengaji Quran di sebuah kampung di Punjab. Beliau kemudiannya dirogol oleh dua orang lelaki di sebuah kawasan terpencil.

Di Tanam Selepas Di Rogol


Penyerang kejam itu kemudiannya menanam beliau hidup-hidup apabila mereka menyangka bahawa dia telah meninggal dunia semasa serangan tersebut. Gadis tersebut, walaubagaimanapaun bernasib baik kerana tersedar. Beliau berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari dalam lumpur tempat beliau di tanam.

Beliau yang dalam keadaan lemah, kemudiannya berjaya dijumpai oleh penduduk kampung yang membawanya ke sebuah pusat perubatan dan juga membuat laporan polis.  Biarpun pada awalnya, pihak polis enggan melayan kes tersebut, Mahkamah akhirnya mengarahkan kedua lelaki tak guna tersebut ditangkap untuk diberi hukuman yang setimpal. Inilah nasib malang wanita, yang selalu menjadi mangsa lelaki kejam diluar sana.

20 comments:

  1. kejam dan tak ada perikemanusiaan langsung...

    ReplyDelete
  2. Apabila nafsu mengusai diri, manusia lebih kejam dari binatang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi pernah tengok binatang kejam sepanjang pengetahuan saya. Manusia kejam mmg ada tapi tidak binatang

      Delete
    2. Binatang kalau kejam sikit mungkin bapak kucing kot marhamah coz dia kan selalu makan anak-anak dia..

      Delete
  3. Replies
    1. Memang kejam Wan..patut dihukum rejam sampai mati..

      Delete
  4. ish3... x de hati perut langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati dia dah terlalu kering Pha is..dah tak rasa apa lagi..

      Delete
  5. kejamnya.. Allah masih sayangkan dia dan tunjukkan kebenarannya yang menyebabkan lelaki itu dihukum..

    ReplyDelete
  6. kejam sungguh mereka ini berhati apa entah

    ReplyDelete
  7. teruknya..hukum bunuh je bt si perogol tu..geram plak bila bca..lgsung xpk..aganya diorang ni xde akal

    ReplyDelete
  8. kejam sungguh, patut direjam sampai mati aje pelaku nyer !

    ReplyDelete
  9. Kesiannya ....
    Tak berhati perut manusia nikan......

    ReplyDelete
  10. Kesiannya.. ini perbuatan manusia yg hina & keji...

    ReplyDelete
  11. kesiannya..tapi nasib baik dia masih selamat. semoga 2 perogol tu dpt hukuman yg setimpalnya!

    ReplyDelete

Designed By