Breaking News

Friday, October 4, 2013

Guna Mata Untuk Melukis

 
Guna Mata Untuk melukis

Guna Mata Untuk Melukis


Guna Mata Untuk Melukis, sememangnya kreatif. Itulah anugerah Allah yang diberi kepada seorang Artis dari Argentina, Leandro Granato, 27. Walaupun kelihatan agak mengerikan, teknik ini unik kerana beliau menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan

 Teknik Melukis Menggunakan Mata
Leandro Bersama Lukisan "Mata" nya

Lukisan Dari Mata Nukilan Leandro  


Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya. Dia mula terlibat secara serius dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah. Beliau menjadikan  pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi.

Lukisan Mata Tanda Kenangan

Beliau mengambil masa antara 15 minit ke 2 jam untuk menghasilkan sesebuah lukisan. Harganya pula boleh mencecah sehingga 1,500 pound (RM7,800). Hebatkan anugerah Allah.

18 comments:

  1. perggghhhh memang hebat la kan ^_6

    ReplyDelete
  2. Wow hebatnya. Tak pedih ka mata dia kena cat tu yer?

    ReplyDelete
  3. wah ! mmg boleh buat duit ! nasib baik dia pandai cipta warna yg x rosakkan mata ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..risau jugakkan..hari-hari mata berendam warna..silap-silap boleh rabun kan veee.

      Delete
  4. Subhanallah.. hebat. Inilah mata pena yg sebenar.. :)

    ReplyDelete
  5. Wow! mahal tu karyanya... Lepas ni suruh JIN saya melukislah, hehe

    ReplyDelete
  6. lukisan yg dihasilkan terhad je la kut...jenis2 abstrak jer..rasanya la..

    ReplyDelete
  7. Hebat2 =) tp ada ke orang beli lukisan dia 2?? lebih kepada corak je..tp mahal btol ye..

    ReplyDelete
  8. kagum dengan kelebihan yang Allah bagi pada dia.. :D

    ReplyDelete
  9. wow..ini lagi hebat Raudz..melukis menggunakan mata..sungguh mengkagumkan

    ReplyDelete
  10. sebenarnya lukisan yg dihasilkan beliau x cantik sngt pun..tapi kalau dilihat dari"cara" beliau hasilkan baru nampak harganya :)

    ReplyDelete

Designed By