Breaking News

Friday, October 18, 2013

Ibu Maut Di Tikam Anak Sendiri

http://mstar.com.my/archives/2009/12/29/mstar_manusia_peristiwa/dadah%205.jpg 
Ibu Di Bunuh Kerana Dadah

Ibu Maut Ditikam Kerana Dadah

Malang bagi seorang ibu warga emas yang maut ditikam anak sendiri sebanyak tiga kali di dapur rumah beliau di Flat Sri Melaka, Cheras. Kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi hari Khamis, disedari jiran apabila terdengar jeritan warga emas yang kesakitan. 

Mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi. Suspek lelaki yang berusia 39 tahun, dipercayai dibawah pengaruh dadah kini di tahan polis untuk siasatan bersama sebilah pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

Ibu Diugut Dengan Parang 


Dalam satu lagi kejadian di Segamat, seorang anak lelaki berusia 30 tahun mengugut ibunya sendiri dengan sebilah parang selepas ibunya enggan memberinya wang untuk berjudi. Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang enggan dikenali, anaknya telah menjadi kaki judi sejak enam tahun yang lalu. Keadaannya kini semakin parah. 

Dalam kejadian kira-kira  pukul 2 petang, pada hari Rabu, wanita tersebut mengakui telah bertekak dengan anaknya, yang meminta duit untuk berjudi. Akibat enggan memenuhi kemahuan anaknya, beliau telah diacukan sebilah parang ke lehernya. Bimbang dicederakan beliau telah bersetuju untuk pergi ke Bank bagi mengeluarkan duit. Enggan menurut kemahuan anaknya, beliau telah pergi kerumah saudaranya yang berdekatan untuk bersembunyi sebelum membuat aduan di balai Polis atas nasihat mereka.

p/s: Inilah sebabnya Islam melarang pengambilan dadah dan juga judi. Akibatnya terlalu besar...Sanggup membunuh ibu sendiri..Nauzubillah..

12 comments:

  1. mereka tak terfikir ibu yang melahirkan diorang...ini balasan diorang kan raudzah...

    ReplyDelete
  2. bila dadah dan judi beraja di hati mak sendiri menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. Gitulah kalau dibawah pengaruh dadah..... memang patut pun Islam mengharamkan benda mcam tu sebab tak de manfaat langsung makin menambahkan kemudaratan adalahkan....

    ReplyDelete
  4. Itulah yang dikhuatirkan. Kerana najis dadah ini boleh membawa maut bukan hanya kepada penagihnya malahan orang sekelilingnya.

    ReplyDelete
  5. bahaya betul pengaruh dadah dan alkohol.. kasihan ibu mereka yang telah tua pula yang menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  6. Ini kes gian punya hal.. arak, dadah & judi. Ibu sendiri pun dah x peduli...

    ReplyDelete
  7. sabarlah ibu melayan karenah anak akhirnya makan diri sendri..sedihnya

    ReplyDelete
  8. Bila nafsu menguasai diri... hilang kewarasan akal fikiran

    ReplyDelete

Designed By